Thursday, 10 November 2016

Petanda PAS Akan Bergabung Dengan Umno Tersebar?

Petanda PAS Akan Bergabung Dengan Umno Tersebar? PAS tidak mustahil akan membuat perbincangan dengan Barisan Nasional bagi menentukan satu lawan satu menentang Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Menurut Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim, beliau tidak menolak kemungkinan tersebut berikutan kenyataan-kenyataan yang tidak konsisten di kalangan pemimpin-pemimpin PAS berkenaan kerjasama politik dengan parti lain.

Petanda PAS Akan Bergabung Dengan Umno Tersebar? “Itu boleh berlaku sebab saya kata ada di kalangan mereka hari lain cakap lain,” katanya kepada ketika ditanya kemungkinan sama ada PAS dan BN bekerjasama pada PRU ke-14.

Terdahulu, Teng menyarankan Ketua Pemuda PAS itu, Nik Abduh Nik Abdul Aziz supaya berjumpa dengan pakar psikitri.

Ia berikutan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Abduh berkenaan dengan pendirian partinya untuk menjalin kerjasama dengan parti-parti politik lain bagi menghadapi PRU ke-14.

Petanda PAS Akan Bergabung Dengan Umno Tersebar?


“Saya cadangkan Nik Abduh pergi jumpa doktor psikiatri supaya beliau tidak cakap bukan-bukan. Setiap hari beliau nak cari hal untuk menyakitkan hati orang.

Petanda PAS Akan Bergabung Dengan Umno Tersebar? “Beliau cakap ‘pusing-pusing’ dan pemimpin sendiri cakap pun beliau tidak setuju. Saya juga setuju dengan kenyataan yang ramai orang ada masalah mental, suma tidak tahu serius atau tidak,” katanya kepada pemberita hari ini. - Malaysia Mirror




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...