Friday, 25 November 2016

Penjara 2 Tahun Jika Tak Solat Jumaat Di Terengganu

Penjara 2 Tahun Jika Tak Solat Jumaat Di Terengganu. Lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat di Terengganu bakal berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara 2 tahun tidak lama lagi.

Ia susulan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) Terengganu 2001 yang disokong sebulat suara semua adun yang menghadiri persidangan dewan hari ini.

Penjara 2 Tahun Jika Tak Solat Jumaat Di Terengganu. Pindaan Seksyen 16 berkaitan perkara tidak menunaikan solat Jumaat dibentangkan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.

Selain pindaan Seksyen 16, beberapa pindaan lain turut dibuat, iaitu Seksyen 19 (tidak menghormati Ramadan) dan Seksyen 53 (mengganggu perempuan di tempat awam).

Ghazali mengemukakan cadangan pindaan itu kerana berpendapat enakmen itu mengandungi peruntukan yang sukar dilaksanakan dan dikuatkuasakan, selain hukuman denda agak rendah dan tidak dapat memberi pengajaran serta kesedaran kepada masyarakat.

Sebelum ini, bagi solat Jumaat, enakmen itu menetapkan mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan solat Jumaat di masjid 3 kali berturut-turut tanpa uzur syarie atas sebab yang munasabah boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya.

Penjara 2 Tahun Jika Tak Solat Jumaat Di Terengganu


Bagi kesalahan tidak menghormati Ramadan, termasuk menjual makanan dan minuman kepada umat Islam serta makan secara terbuka, hukuman pindaan itu membabitkan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya.

Sebelum ini, enakmen itu menetapkan jumlah denda sama dan penjara 6 bulan sahaja.

Bagi perbuatan tidak sopan di tempat awam, pindaan itu melibatkan hukuman denda RM1,000 atau penjara 2 tahun, berbanding denda RM1,000 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sebelum ini.

Seksyen bagi pesalah yang mengganggu perempuan di tempat awam juga melibatkan penambahan hukuman penjara, iaitu daripada 6 bulan kepada maksimum 2 tahun.

Ketika membentangkan pindaan itu, Ghazali berkata, ia dibuat bagi memudahkan kerja pegawai penguat kuasa, pendakwa syarie dan Mahkamah Syariah.

Penjara 2 Tahun Jika Tak Solat Jumaat Di Terengganu


Katanya, pindaan hukuman penjara daripada minimum 6 bulan hingga maksimum 1 tahun kepada minimum 2 tahun hingga maksimum 3 tahun adalah untuk memberi kesedaran serta keinsafan kepada masyarakat.

“Pindaan ini menunjukkan keprihatinan dan sokongan kerajaan negeri terhadap cadangan pindaan Akta 355 bagi memartabatkan Mahkamah Syariah khususnya di Terengganu,” katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ahli Parlimen Marang hari ini membawa usul rang undang-undang persendirian, iaitu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Penjara 2 Tahun Jika Tak Solat Jumaat Di Terengganu. Ia bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355. - bernama




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...