Wednesday, 23 November 2016

Pengakuan Wanita Rohingya Yang Dirogol Tentera Myanmar

Pengakuan Wanita Rohingya Yang Dirogol Tentera Myanmar. Penduduk Islam Rohingya berkata, tentera Myanmar merogol dan menyerang secara seksual puluhan wanita di kampung terpencil di barat laut negara itu ketika peningkatan keganasan terbesar terhadap minoriti berkenaan dalam masa empat tahun. 

Lapan wanita Rohingya, semuanya dari kampung U Shey Kya di negeri Rakhine, menceritakan secara terperinci bagaimana tentera menyerbu rumah mereka minggu lalu, mencuri harta dan merogol mereka sambil mengacukan senjata. 

Pengakuan Wanita Rohingya Yang Dirogol Tentera Myanmar. Agensi berita Reuters menemubual tiga daripada wanita berkenaan secara bersemuka dan lima menerusi telefon, dan bercakap dengan kumpulan hak asasi manusia dan pemimpin komuniti. Tidak semua dakwaan boleh disahkan secara bebas, termasuk bilangan wanita yang diserang. 

Tentera membanjiri daerah Maungdaw sejak 9 Oktober lalu selepas kumpulan penduduk Rohingya yang dipercayai kerajaan mempunyai kaitan dengan kumpulan Islam luar negara melancarkan serangan serentak terhadap beberapa pos pengawal sempadan.

Merujuk bukti yang diperoleh dengan menyoal siasat suspek militan, kerajaan menyalahkan serangan itu ke atas kumpulan bersenjata yang dikatakan dianggotai sehingga 400 etnik Rohingya. 

Pengakuan Wanita Rohingya Yang Dirogol Tentera Myanmar


Militan, yang mengenal pasti diri mereka sebagai Al-Yakin Mujahidin pada masa lalu dalam video yang disiarkan atas talian, dituduh membunuh sembilan pegawai polis dan lima anggota tentera, dan mencuri senjata. 

Krisis di Rakhine menunjukkan cabaran terbesar di hadapi kerajaan awam Myanmar dan menimbulkan persoalan berhubung kemampuan ketua umum negara itu, Aung San Suu Kyi, untuk mengawal tentera negara berkenaan, kata pemerhati dan diplomat. 

Wanita berusia 40 tahun dari U Shey Kya, memberitahu empat anggota tentera merogolnya dan menyerang anak gadis beliau yang berusia 15 tahun, serta mencuri barang kemas dan wang tunai. "Mereka membawa saya masuk ke dalam rumah. 


Pengakuan Wanita Rohingya Yang Dirogol Tentera Myanmar


Mereka mengoyak pakaian saya dan menanggalkan tudung saya. "Dua lelaki memegang saya, seorang memegang senjata dan seorang lagi menarik rambut saya dari belakang dan mereka merogol saya," kata wanita berkenaan. Jurucakap Presiden Htin Kyaw, Zaw Htay, menafikan dakwaan itu. - reuters



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...