Sunday, 27 November 2016

Pemimpin PAS Selangor Sindir PAS Pusat?

Pemimpin PAS Selangor Sindir PAS Pusat? Selepas didakwa menikam presidennya dari belakang, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad berkata beliau mahu dikenali sebagai pendakwah bukan penghukum.

"Saya mahu dikenali sebagai seorang pendakwah yang berusaha untuk mengajak orang kepada kebaikan bukan seorang hakim yang menjatuhkan hukum.

Pemimpin PAS Selangor Sindir PAS Pusat? "Jauh sekali seorang algojo yang melaksanakan hukuman," kata Iskandar dalam status di facebooknya dengan mendapat sokongan 'like' dari pelbagai pihak termasuk dari pemimpin Amanah.

Sebelum ini, sebuah laman yang kini menjadi pro Najib, Malaysia Today, menyiarkan berita kononnya Iskandar bertembung dengan pemimpin Pas.

Laman itu melaporkan sebuah blog, My Massa yang mendakwa Iskandar tidak akur dengan arahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, membelakangi dan ‘menikam dari belakang’ presiden parti Islam itu.

Pemimpin PAS Selangor Sindir PAS Pusat?


Menurut laporan itu, krisis dalaman itu semakin memuncak sehingga berlaku pertikaman lidah di antara Iskandar dan sesetengah Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas pusat dalam mesyuarat parti itu pada 14 Nov di ibu pejabat Pas, Kuala Lumpur.

Namun dakwaan ini dinafikan oleh ketua penerangan Pas Selangor, Mohd Prasad bin Hanif.

Beliau menafikan laporan yang mendakwa berlaku pertembungan antara pesuruhjaya mereka, Iskandar dengan pucuk pimpinan Pas Pusat lain.

Mereka memandang serius fitnah itu dan bersatu dibawah kepimpinan Iskandar Abdul Samad.

"Hala tuju Pas Selangor jelas dan seiring dengan Pas Pusat. Selain itu, seluruh ahli Pas yakin dengan integriti barisan pimpinan Pas Selangor," katanya.

Pemimpin PAS Selangor Sindir PAS Pusat?


Namun sehingga kini Iskandar sendiri tidak membuat sebarang ulasan ke atas kenyataan itu sehinggalah status mahu menjadi pendakwah bukan penghukum ini.

Sebelum Iskandar, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga menerima tuduhan yang hampir sama sehingga mahu keluar dari Pas.

Tuan Ibrahim ketika menjawab tuduhan ini berkata, beliau tidak mahu melayan berita sebegitu.

Pas berpecah dua selepas Mei tahun 2015 lalu ekoran tindakan sesetengah pihak dalam Pas yang suka menghukum pimpinan lain dalam Pas.

Antaranya tuduhan dan hukuman itu adalah munafik haraki, liberal dan sebagainya.

Pemimpin PAS Selangor Sindir PAS Pusat? Pimpinan yang dituduh ini kemudiannya terpinggir dari saf kepimpinan Pas dan keluar dari parti itu kemudiannya lalu membentuk Parti Amanah Negara (Amanah). - md


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...