Monday, 14 November 2016

Pembangkang Makin Huru Hara.. Ini Petandanya?

Pembangkang Makin Huru Hara.. Ini Petandanya? Sehari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka mengumumkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikannya mahu terlibat secara langsung dengan Pakatan Harapan, persoalan kerjasama dengan PAS bagi memastikan pertandingan satu-lawan-satu sekali lagi dibangkitkan, kali ini dalam forum di Shah Alam yang disertai pimpinan tertinggi parti itu serta Amanah.

PPBM dan Amanah bagaimanapun dilihat mempunyai pendekatan berbeza dalam soal kerjasa dengan parti Islam itu, dengan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin masih berharap dapat meyakinkan PAS.

Pembangkang Makin Huru Hara.. Ini Petandanya? Bagaimanapun, pemimpin Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa memberi amaran tembok yang memisahkan PAS dan Umno kini sudah semakin nipis, menyebabkan PAS boleh sahaja berunding dengan Umno sekiranya berlaku pertandingan 3 penjuru yang melibatkan Amanah.

“Bila itu berlaku, PAS akan datang berunding. Kalau dia nak berunding, berunding dengan kita atau berunding dengan sebelah sana. Sempadan PAS dengan Umno bukan macam dahulu lagi, macam tinggi Tembok Berlin, ia hanya nipis macam kulit bawang,” katanya berucap pada Forum Khas “Bersatu Meneroka Masa Depan” di Bukit Jelutong, Shah Alam malam tadi, dipengerusikan bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Datuk A Kadir Jasin.

Sehari sebelum itu, Dr Mahathir berucap pada Konvesyen Pakatan Harapan berkata hanya satu cara menewaskan Barisan Nasional (BN) iaitu dengan pembangkang berdaftar sebagai satu parti, dengan manifesto dan logo sama.

Husam, bekas naib presiden PAS, berkata parti itu berdepan dengan kekalahan di Kelantan sekiranya masih tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan bagi memastikan satu-lawan-satu pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Muhyiddin masih berharap PAS akan turut serta bersama Pakatan Harapan kerana yakin ia lebih mudah menumbangkan BN.

Pembangkang Makin Huru Hara.. Ini Petandanya?


Bagaimanapun, katanya, persoalannya adalah sama ada PPBM berjaya meyakinkan parti itu.

“Baru-baru ini kita dah adakan pertemuan rasmi yang pertama dengan PAS dan kita juga dah wujudkan perkongsian baru dengan PH. Persoalan penting yang timbul, bolehkah PPBM menjadi jambatan? Boleh ke tidak?

“Tapi saya tahu bukan mudah,” katanya.

Beliau mengakui, permusuhan PAS dengan Amanah, yang ditubuhkan bekas pemimpin PAS selepas kemenangan puak Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar tahun lalu, merupakan antara faktor penghalang kerjasama itu.

“Macam mana nak selesaikan masalah yang wujud antara PAS dan Amanah?” soal Muhyiddin, sambil menambah kedua-dua parti akan bertindih kerusi.

“Amanah tidak mahu serah. Saya bagi contoh, macam itu macam mana nak selesai,” katanya.

Muhyiddin berkata ia perkara serius dan sekiranya tidak dapat diselesaikan akan membawa kepada pertandingan 3 atau 4 penjuru.

Pembangkang Makin Huru Hara.. Ini Petandanya?


Beliau berharap semua parti akan bertolak ansur dalam soal pengagihan kerusi semata-mata untuk memastikan BN kalah.

“Ini pengorbanan. Jadi saya harap semua pemimpin yang ada semua parti politik akan berusaha bersama-sama untuk cari jalan penyelesaian,” katanya.

Muhyiddin sekali lagi membayangkan PPBM akan menumpukan perhatiannya pada kerusi yang pernah ditandingi PAS pada PRU lalu tetapi tewas pada BN.

Pembangkang Makin Huru Hara.. Ini Petandanya? “Kita PPBM boleh tembus semua benteng-benteng Umno. Kalau kita berbincang, mungkin harapan kita untuk mendapat jumlah kerusi yang banyak lebih baik daripada masa-masa yang lepas,” katanya. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. pas yg mulakan dulu... mencabar2 kekuatan org lain.... tp dia hanya kuat di kelantan je pun... tu zaman2 TGNA & seangkatan... klaya setakat yg sekarang... kat Ganu pun takle nak jaga.... apake hal nak jaga 1mesia...hagak2la

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...