Tuesday, 29 November 2016

Peguam Negara Ditempelak

Peguam Negara Ditempelak. Khalid Abdul Samad akan membandingkan hukuman yang bakal dijatuhkan ke atas penyerangnya di Parlimen dan pasangan suami isteri yang mengasari penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), minggu lalu.

“Saya mahu lihat, setakat manakah hukuman yang akan dijatuhkan ke atas penyerang saya ini berbanding hukuman yang dijatuhkan ke atas 2 individu didakwa menghalang penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) baru-baru ini,” katanya dalam ceramah di Bandar Tasik Puteri, Rawang, malam tadi.

Peguam Negara Ditempelak.  Ini kerana, ahli Parlimen Shah Alam itu yakin penyerangnya berniat melancarkan serangan di dalam kawasan Parlimen, manakala pasangan suami isteri yang menghalang penguat kuasa wanita MBSA di Sungai Buloh itu tidak berniat berbuat demikian dan kejadian itu berlaku tanpa sebarang perancangan.

Bagaimanapun, kedua-duanya dijatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM3,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam, Jumaat lalu.

“Saya nak lihat hukumannya nanti. Kalau lebih ringan daripada yang dikenakan ke atas 2 orang itu atau setakat denda sahaja, tahulah kita,” katanya dalam majlis anjuran PKR Selayang itu.

Seramai 8 lelaki dan 3 wanita berusia 28 hingga 54 tahun, termasuk anak Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman ditahan polis Jumaat lalu dan dibebaskan malam kelmarin, bagi membantu siasatan berhubung serangan ke atas Khalid pada Khamis lalu.

Peguam Negara Ditempelak


Sekumpulan individu dilaporkan mengacau Khalid dan menjerit “Hidup Pasir Salak! Hidup Pasir Salak!” ketika beliau memasuki bangunan Parlimen, Khamis lalu, kerana berang dengan tindakannya menggelar Tajuddin sebagai “menteri sial” selepas merujuk Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai “satu-satunya wanita dengan Kok” di Parlimen pada Isnin minggu lalu.

Kelmarin, Khalid dilaporkan berkata, beliau tidak percaya Umno sebodoh itu untuk mengarahkan ahli-ahlinya menyerang beliau di luar bangunan Parlimen, minggu lalu.

Dalam pada itu, pengarah komunikasi Amanah itu turut mendakwa kerajaan mengamalkan budaya samseng dengan menahan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma.

Katanya, Sosma digubal untuk mengawal pengganas, tetapi Maria hanyalah ibu tunggal berusia 60 tahun beranak 3 yang memperjuangkan pilihan raya adil dan bersih dengan mengajak orang ramai berhimpun secara aman.

Peguam Negara Ditempelak


“Inilah undang-undang Sosma yang kami bahas sampai jam 4 pagi (di Parlimen) kerana ia undang-undang yang zalim.

“Kalau pilihan raya bersih, semua orang akan puas hati yang dengan sendirinya mengekang keganasan. Kalau pilihan raya tak bersih, pihak yang teraniaya akan tidak berpuas hati dan boleh melahirkan bibit keganasan.

Peguam Negara Ditempelak.  “Jadi, apa yang Maria buat ini nak elakkan keganasan dan sangat tidak wajar dikenakan tindakan di bawah Sosma,” kata Khalid. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...