Friday, 25 November 2016

Patutlah RUU 355 Digantung Perbahasannya.. Ini Sebabnya

Patutlah RUU 355 Digantung Perbahasannya.. Ini Sebabnya. Tindakan kerajaan BN menangguhkan usul Rang Undang Undang (RUU) 335 hari ini didakwa sebagai langkah strategik bagi menghadapi PRU14 yang dijangka diadakan Mac tahun hadapan.

Penasihat Parti Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya membaca usul RUU itu boleh diterjemahkan pilihanraya umum akan diadakan sebelum Parlimen depan bersidang.

Patutlah RUU 355 Digantung Perbahasannya.. Ini Sebabnya. "Umno berjaya gantung isu perlaksanaan hudud di titik keseimbangan, ia bagus untuk Pas untuk tidak dilihat gagal dalam pendekatannya.

"Ia juga sebagai penyedap rasa untuk berterusan dalam hubungan politik antara Pas dan Umno khusus untuk PRU terdekat," katanya.

Dalam masa yang sama Adun Salor itu  berkata, tindakan itu juga menguntungkan Umno yang dilihat jujur dalam memartabatkan hukum Islam itu.

"Itu resipi mustajab dan situasi menang-menang untuk tiga pihak menghadapi PRU secara 'smart partnership', kata bekas  naib presiden Pas itu.

Patutlah RUU 355 Digantung Perbahasannya.. Ini Sebabnya


Sehubungan dengan itu beliau menjangkakan PRU akan diadakan sebelum Ramadan samada ada bulan Mac atau April tahun hadapan sekaligus dapat mengelakkan RUU 355 dapat dibahaskan.

Malah beliau berkata, dengan langkah Pas dan Umno menggunakan pendekatan ini, mereka yang mengharapkan Pas berada dalam pakatan pembangkang akan menggigit jari.

"Matlamat Umno adalah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga dengan pertolongan Pas, apa akan jadi  dengan RUU 355 selepas PRU adalah ditentukan selepas PRU,"katanya.

Patutlah RUU 355 Digantung Perbahasannya.. Ini Sebabnya. Beliau turut menjangkakan sebahagian rakyat khususnya pengundi Islam akan terperangkap antara sentimen RUU dan isu semasa seperti himpitan kos hidup, rasuah dan penyelewengan dan ancaman krisis kewangan termasuk implikasi pengaruh China ke atas geopolitik negara. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...