Monday, 28 November 2016

Patutlah PAS Dah Tak Serang Najib.. Ikuti Penjelasan Mursyidul Am

Patutlah PAS Dah Tak Serang Najib.. Ikuti Penjelasan Mursyidul Am. PAS menganggap kejatuhan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri akan hanya mengembalikan kekuatan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan orang baharu, kata mursyidul am PAS Hashim Jasin.

Beliau memberikan contoh bagaimana BN yang lemah di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad muncul kuat semula selepas digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, menyaksikan kemenangan besar merampas semula sejumah besar kerusi pembangkang yang dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) 1999.

Patutlah PAS Dah Tak Serang Najib.. Ikuti Penjelasan Mursyidul Am. “Bukankah pada pilihan raya 2004, BN menang besar? BN akan lebih kuat dalam tangan orang baharu,” kata Hashim dalam wawancara bersama Sinar Harian.

“Najib sekarang dalam keadaan lemah, jadi kita sebagai pembangkang tak perlulah nak kempen (beri kekuatan baharu kepada BN). Dia lemah, biarlah,” katanya.

BN memenangi 198 kerusi Parlimen pada PRU 2004 manakala pembangkang memenangi 20 kerusi, majoriti terbesar yang diperolehi BN sejak 1978.

Hashim turut mempersoalkan apa yang akan berlaku selepas kempen pembangkang menjatuhkan Najib berjaya.


Patutlah PAS Dah Tak Serang Najib.. Ikuti Penjelasan Mursyidul Am


“Bolehkah kita pastikan tidak akan ada masalah lagi, jika Najib dijatuhkan? Pada pandangan saya, kalau sistem sama masih dipakai, samalah juga.

“Dengan itu, jatuhnya Najib tidak ada makna pun untuk kita. Lebih baik kita biar dan lawan dia dalam pilihan raya.

Patutlah PAS Dah Tak Serang Najib.. Ikuti Penjelasan Mursyidul Am. “Kalau boleh kata dalam keadaan dia banyak ‘dosa’, banyak perkara yang dia buat orang marah, masa itulah kita tumbangkan dia. Itu lebih baik daripada kita usaha jatuhkan dia sekarang,” katanya. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...