Sunday, 13 November 2016

Patutlah Najib Beria-Ria Nak Teruskan Projek ECRL

Patutlah Najib Beria-Ria Nak Teruskan Projek ECRL. Saya telah meneliti jawapan-jawapan yang diberikan oleh Dato’ Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu temuramah ringkas yang diberikan kepada SinarTV.

Secara ringkasnya, Dato’ Rahman Dahlan mendakwa bahawa:

Syarikat bermodal RM2 yang mewakili Kerajaan Malaysia iaitu Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dimiliki oleh Kementerian Kewangan. Oleh itu, walaupun modalnya hanyalah RM2 ia masih lagi sebuah syarikat yang kukuh kerana dimiliki Kementarian Kewangan

Patutlah Najib Beria-Ria Nak Teruskan Projek ECRL. Jumlah kontrak yang dianugerahkan secara rundingan terus kepada syarikat milik Kerajaan China iaitu CCCC sebanyak RM46 bilion hanyalah melibatkan pembinaan sistem keretapi dari Tumpat ke Gombak sepanjang 600 km. Ia tidak termasuk sistem dari Gombak ke Pelabuhan Kelang sepanjang 88 km.

Kerajaan Barisan Nasional menganggarkan sistem keretapi dari Gombak ke Pelabuhan Kelang sepanjang 88 km yang kosnya belum dimuktamadkan bernilai RM9 bilion. Oleh itu, jumlah kos yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah RM55 bilion.

Saya ingin memberi maklumbalas dan bidasan bagi setiap perkara yang ditimbulkan seperti berikut:

i. MRL dimiliki oleh Kementerian Kewangan
Saya sertakan paparan skrin dari maklumat syarikat MRL Sdn Bhd yang saya perolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) semasa saya mendedahkan mengenai syarikat RM2 ini dua hari lalu di lobi Parlimen:

Mengesahkan MRL ditubuhkan pada 26 September 2016

Mengesahkan MRL hanya bermodal berbayar RM2

Mengesahkan bahawa pengarah-pengarahnya adalah individu yang bekerja dengan Kementerian Kewangan

Mengesahkan bahawa saham RM2 dimiliki individu bukan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc)

Sementara saya tidak mahu memanjangkan isu syarikat RM2 ini kerana saya yakin dua orang pegawai kanan Kementerian Kewangan itu telah menjadi kambing hitam, saya perlu memperbetulkan pembohongan fakta oleh Dato’ Rahman Dahlan.

Patutlah Najib Beria-Ria Nak Teruskan Projek ECRL


Setakat hari ini, MRL Sdn Bhd tidak dimiliki oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) seperti yang didakwa oleh beliau semalam. Ia dimiliki oleh dua orang individu yang bekerja di Kementerian Kewangan. Jika MRL Sdn Bhd dimiliki oleh MOF Inc, maka dua saham bernilai RM1 setiap satu itu akan didaftarkan di atas nama MOF Inc.

Maka apabila Dato’ Rahman Dahlan mendakwa isu modal berbayar RM2 itu sepatutnya tidak ditimbulkan kerana MRL Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh MOF Inc, itu sebenarnya satu pembohongan.

Malah, jika pun kedua-dua orang pemilik saham sekarang iaitu Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail bersetuju memindahkan saham mereka kepada MOF Inc, apa proses kelulusan yang akan digunapakai untuk membenarkan MOF Inc yang dimiliki rakyat mewarisi hutang bernilai RM46 bilion yang ditandatangani oleh sebuah syarikat yang pada masa kontrak ditandatangani tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Malaysia?

Kenyataan Dato’ Rahman Dahlan semalam mengesahkan bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak berhasrat untuk menggunakan muslihat yang sama yang digunapakai semasa memindahkan hutang 1MDB melalui SRC International kepada rakyat: SRC berhutang RM4 bilion semasa ia masih anak syarikat penuh 1MDB, selepas wang sudah diambil maka MOF Inc bersetuju menerima pemindahan saham dari 1MDB kepada MOF Inc.

Akhirnya, hutang RM4 bilion yang sebenarnya diambil oleh 1MDB melalui SRC telah dimiliknegarakan dan dibebankan kepada rakyat.

Perkara yang sama juga akan berlaku dengan MRL yang mengendalikan ECRL ini.

ii. Perbezaan kos RM46 bilion dan RM55 bilion

Jawapan-jawapan yang diberikan Dato’ Rahman Dahlan mengenai panjang sistem keretapi dari Tumpat ke Gombak sepanjang 600 km dan lain-lain boleh dipatahkan dengan laporan-laporan lain yang menyebut pelbagai angka lain.

Namun saya mahu menumpukan kepada perkara yang paling pokok: kenapa Dato’ Seri Najib terlalu terburu-buru untuk menandatangani kontrak menganugerahkan kerja-kerja bernilai RM46 bilion ini kepada syarikat milik Kerajaan China sekarang?

Adakah perkara yang paling mustahak dan menjadi keutamaan tertinggi ialah satu laluan keretapi dari Tumpat ke Pelabuhan Klang sehingga Dato’ Seri Najib tidak boleh menunggu sehingga rundingan pakej pembinaan keseluruhan dari Tumpat ke Pelabuhan Kelang dimuktamadkan dahulu?

Patutlah Najib Beria-Ria Nak Teruskan Projek ECRL


Bukankah jika kontrak pembinaan EPCC dirundingkan secara bersekali dan dalam satu pakej iaitu dari Tumpat ke Pelabuhan Kelang, secara logiknya ia lebih murah kerana kontraktor tidak perlu membuat kerja dua kali, tidak perlu membayar kos mobilization dan de-mobilisation dua kali dan kontraktor boleh mendapatkan harga material yang lebih murah kerana membeli secara pukal (“economies of scale”)?

Sebab itu, isu sebenarnya ialah kenapa projek ini ditandatangani dan dilaksanakan secara terburu-buru?

Saya bimbang ia berkaitan dua peristiwa besar yang boleh berlaku dalam tahun 2017: pembayaran hutang-hutang 1MDB termasuk satu bayaran berjumlah RM14 bilion (atau USD3.5 bilion) kepada IPIC jika 1MDB kalah dalam proses timbangtara (“arbitration”) dan Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14). Kedua-dua ini menelan belanja yang besar dan wang segera diperlukan.

Maka, saya ingin bertanya soalan secara terbuka kepada Dato’ Rahman Dahlan – apakah ada perjanjian-perjanjian lain (rasmi atau tidak, sulit atau tidak) di antara Dato’ Seri Najib Razak dan pimpinan Kerajaan China yang melibatkan sejumlah wang disalurkan ke pihak-pihak yang akhirnya boleh membantu menanggung perbelanjaan membayar hutang 1MDB atau perbelanjaan PRU14?

Patutlah Najib Beria-Ria Nak Teruskan Projek ECRL.
 ini bukan sebabnya, berikan 5 sebab kenapa projek keretapi Tumpat ke Pelabuhan Kelang ini adalah projek paling penting dan paling diutamakan? Kenapa ia lebih penting dari membina universiti? Kenapa ia lebih penting dari membina hospital? Kenapa ia lebih penting berbanding harga minyak masak rakyat?

Jika Dato’ Rahman Dahlan ada jawapan kepada soalan-soalan ini, barulah Barisan Nasional boleh mengurangkan syak masangka rakyat terhadap projek ECRL ini.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. Masih ada yang boleh percaya dengan cakap rafizi ramli..
    Satu Malaysia dah tau yang dia lebih suka memutar belit fakta dari memperbetulkan fakta.. Tanya dia pasal Pa tak bawa keluar lagi simpanan dia dari tabung haji.. Huhu..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...