Thursday, 24 November 2016

PAS Dan UMNO Patut Bergabung Kata Penganalisis

PAS Dan UMNO Patut Bergabung Kata Penganalisis. Pas sepatutnya bersama dengan Umno sekiranya parti itu menyokong Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), kata penganalisis politik.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib, Pas sepatutnya sedar tidak ada gunanya untuk terus-terusan menentang Umno sekiranya parti itu terbukti boleh menerima setiap pandangan dan gesaan yang dibuat Pas selama ini.

PAS Dan UMNO Patut Bergabung Kata Penganalisis. “Sudah semestinya, RUU 355 tidak akan mendapat sokongan Pakatan Harapan. Banyak corak dan pola pemikiran berbeza. Malah, kita semua tahu ahli politik DAP sudah sedia untuk menentang RUU ini.

“Agenda Pas sebenarnya lebih difahami Umno kerana budaya, agama dan keturunan  yang sama. Ini faktor yang boleh menentukan pola sokongan,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Menurutnya lagi, Umno lebih peka terhadap usaha Islamisasi berbanding parti pembangkang yang lain dan ia membuatkan Pas lebih cenderung untuk menerima sokongan dari Umno.

PAS Dan UMNO Patut Bergabung Kata Penganalisis


“Cuma masalahnya yang membelenggu hubungan ‘mesra’ Umno-Pas adalah sikap Pas itu sendiri. Pas tidak konsisten dan hanya akan ikut pihak yang menguntungkan mereka.

PAS Dan UMNO Patut Bergabung Kata Penganalisis. “Pendirian tidak konsisten ini nampak seolah-olah parti mahu mempermainkan Islam. Kalau Umno mahu sokong, saya tidak nampak kenapa Pas masih mahu menentang Umno. Pas sering berdolak dalik, itu adalah sikap Pas yang diwarisi zaman-berzaman,” katanya lagi. - sinar


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...