Wednesday, 30 November 2016

Orang Kuat Ketua Menteri Melaka Ditahan SPRM

Orang Kuat Ketua Menteri Melaka Ditahan SPRM. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kakitangan awam dipercayai terlibat dengan kegiatan rasuah melibatkan projek pihak berkuasa tempatan (PBT).

Difahamkan, pegawai berusia 55 tahun ditahan di sekitar Bandar Melaka kira-kira jam 2 petang tadi.

Menurut sumber, pegawai berkenaan disyaki telah meminta wang suapan bagi projek-projek PBT berkenaan.

Orang Kuat Ketua Menteri Melaka Ditahan SPRM. SPRM dikatakan telah membekukan puluhan akaun bank yang mempunyai jutaan ringgit.

Katanya, susulan penahanan itu, SPRM akan menahan beberapa lagi individu berkaitan kes tersebut.

Dalam kes yang berlainan, SPRM Johor turut menahan seorang Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Tanah Daerah, kira-kira jam 2 petang, tadi.

Suspek berusia lingkungan 50-an itu disyaki menggunakan kedudukannya untuk mengambil tindakan berkaitan hal ehwal pejabat tanah daerah bagi memperoleh tanah selain memperoleh tanah secara pindah milik.

Orang Kuat Ketua Menteri Melaka Ditahan SPRM


Hasil siasatan awal mendapati suspek memiliki beberapa lot tanah pertanian seluas 16.75 ekar, tanah usahasama 68 ekar, tanah rumah kediaman dan sebuah kediaman mewah di dalam beberapa daerah di Johor.

Pengarah SPRM Negeri Johor, Datuk Simi Abdul Ghani mengesahkan tangkapan yang dibuat dan dijangka suspek akan ditahan reman esok.

Kes disiasat di bawah seksyen 23 Akta SPRM 2009. - sinar




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...