Monday, 14 November 2016

New Zealand Dilanda Gempa Bumi, Tsunami (Gambar & Video)

New Zealand Dilanda Gempa Bumi, Tsunami. Satu gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter menggegarkan tengah New Zealand sehingga mencetuskan tsunami yang membadai pantai timur laut Pulau Selatan, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Bencana itu berlaku pada jam 7.02 malam (waktu Malaysia).

New Zealand Dilanda Gempa Bumi, Tsunami. Kementerian Pertahanan Awam dan Pengurusan Kecemasan New Zealand memberi amaran mengenai risiko ombak pemusnah di sepanjang pantai timur keseluruhan dan menggesa penduduk di kawasan rendah berpindah ke tempat lebih tinggi.

Menurutnya, ombak setinggi 2m mungkin terbentuk selama 2 jam.

Anna Kaiser, seorang ahli seismologi di GNS Sains berkata, isyarat pasang surut mencatat bacaan ombak setinggi 1m di utara Canterbury, Pulau Selatan.

“Itu amat penting, jadi rakyat perlu mengambil serius perkara ini,” katanya kepada Radio New Zealand (RNZ).

Geonet New Zealand bertindak mengubah kekuatan gempa kuat itu dairpada 6.6 kepada 7.5 pada skala Richter.

Gempa bumi itu berpusat 91km ke utara-timur laut Christchurch, bandar terbesar di Pulau Selatan, New Zealand.

New Zealand Dilanda Gempa Bumi, Tsunami


Satu gempa bumi bermagnitud 6.3 pada skala Richter pada Februari 2011 meragut 185 nyawa dan menyebabkan kerosakan besar.

Gegaran dirasai di kebanyakan kawasan di New Zealand. Ada kecederaan dilaporkan, tetapi setakat ini tiada laporan kematian diterima.

“Seluruh rumah bergerak seperti ular dan beberapa benda pecah, bekalan elektrik terputus,” kata seorang wanita bernama Elizabeth kepada Radio New Zealand dari rumahnya di Takaka, berhampiran bahagian atas Pulau Selatan.

Chris Hill yang merupakan anggota bomba di Cheviot, sebuah bandar pesisir pantai dekat pusat gempa itu berkata, pihaknya pergi pintu ke pintu untuk memindahkan penduduk.

“Semua orang nampaknya OK di sini,” katanya kepada RNZ.

“Ada banyak serpihan (runtuhan) di rumah-rumah, tetapi pada peringkat ini, ia tidak nampak seperti ada apa-apa yang terlalu buruk berlaku.”


New Zealand Dilanda Gempa Bumi, Tsunami


Penduduk di Wellington berkata, kaca tingkap bangunan jatuh ke jalan raya, manakala penduduk pangsapuri dan hotel pula dipindahkan.

RNZ melaporkan, Majlis Perbandaran Wellington menerima pelbagai laporan mengenai kerosakan signifikan.

Beberapa jalan raya di sekitar Pulau Selatan ditutup dan bekalan elektrik serta rangkaian komunikasi dilaporkan terjejas.

Satu siri gempa susulan direkodkan di seluruh New Zealand, ada yang berukuran 6.1 pada skala Richter. - fmt


New Zealand Dilanda Gempa Bumi, Tsunami (Gambar & Video)













Lihat video di SINI.

Sumber gambar dari BBC.



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...