Tuesday, 15 November 2016

Menteri Ni Buat Lawak Bodoh

Menteri Ni Buat Lawak Bodoh. Menteri Umno mendakwa Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sengaja mahu dipenjarakan agar beliau boleh menampilkan dirinya sebagai korban politik kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi.

Menurut Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam kenyataannya hari ini, Rafizi melakukan satu aksi murahan demi meraih sokongan politik peribadi dan beliau tahu serta sedar pelanggaran undang-undang yang serius semasa melakukannya.

Menteri Ni Buat Lawak Bodoh. “Hukuman ke atas beliau sangat bertepatan dan Rafizi tidak boleh menyalahkan orang lain kecuali diri beliau sendiri,” kata beliau.

Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman 18 bulan ke atas Rafizi berhubung 2 tuduhan membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang diklasifikasikan sebagai sulit.

Menteri Ni Buat Lawak Bodoh


Mengulas lanjut, Rahman yang merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri menambah, Rafizi sememangnya sangat terkenal sebagai seorang yang gemar memfitnah pihak lawan tanpa membuat kaji selidik dan melanggar undang-undang negara.

“Kali ini beliau tahu dan sengaja melanggar undang-undang,” katanya.

Rahman berkata, Rafizi juga sudah diberi amaran berulang kali yang beliau akan melanggar Akta Rahsia Rasmi sekiranya mendedahkan mana-mana bahagian laporan terbabit tetapi memilih meneruskan tindakannya.

Menteri Ni Buat Lawak Bodoh


Menurut Rahman, tiada negara akan dapat berfungsi dengan baik sekiranya setiap orang dengan sengaja melanggar undang-undang dan dibebaskan begitu sahaja.

“Adakah Rafizi berfikir beliau bebas daripada tindakan undang-undang? Adakah beliau berfikir undang-udang hanya terpakai ke atas konstituensi dan bukannya terhadap beliau?” soalnya. - mk


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




2 comments:

  1. di penjara kerana mendedahkan skandal 1mdb..bila di dapati salah maknanya yg didedahkan tu ada betul ....
    bengong...1 mdb tak di siasat pendedahnya yg di siasat.
    nengok muka pemimpin negara pun meluat rasa nk muntah.

    ReplyDelete
  2. Harapan mesti seret semua samseng umno bn..biar..mengelupas kulit tersiat


    Harapan terus berjuang hapuskan najib umno bn..keris pahang

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...