Saturday, 26 November 2016

Kurang Ajar Sungguh Menteri Ni..

Kurang Ajar Sungguh Menteri Ni. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan peserta perhimpunan Bersih 5 sebagai ‘bodoh dan buta undang-undang’.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata demikian berikutan ahli keluarga serta penyokong Maria Chin Abdullah menyifatkan penahanan pengerusi Bersih 2.0 itu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) sebagai salah dan tidak wajar.

Kurang Ajar Sungguh Menteri Ni. “Mereka menganggap penahanan Maria Chin di bawah Sosma lebih menjurus kepada kegiatan keganasan, sebaliknya akta itu digunakan untuk menahan Maria Chin atas faktor keselamatan negara.

“Sila semak fakta anda terlebih dahulu, siapa kata dia (Maria) seorang pengganas? Pengganas akan ditahan di bawah Akta Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 dan bukannya Sosma,” katanya selepas merasmikan Program Kraf Kampungku hari ini.

Beliau berkata, penahanan Maria berdasarkan bukti ditemui di pejabatnya yang dilihat cuba menggugat demokrasi berparlimen negara ini.

Kurang Ajar Sungguh Menteri Ni


Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, sebarang pertikaian berkaitan penangkapan Maria perlu mengikut proses undang-undang negara.

“Sesiapa yang mahu mempersoalkan penahanannya perlu ke mahkamah dan bukan dengan cara duduk bermalam-malam di Dataran Merdeka memasang lilin kerana itu bukan proses undang-undang. Biarlah mahkamah yang membuat keputusan.”

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penahanan Maria tiada kena-mengena dengan perhimpunan Bersih 5, tetapi dibuat di bawah Sosma kerana boleh menggugat keselamatan negara.

Kurang Ajar Sungguh Menteri Ni. Menurut Khalid, di bawah akta berkenaan polis berkata, penahanan Maria tiada kena-mengena dengan perhimpunan Bersih 5, tetapi dibuat di bawah Sosma kerana boleh menggugat keselamatan negara.

Menurut Khalid, di bawah akta berkenaan polis boleh menahan Maria selama 28 hari bagi menyiasat setiap bukti yang ditemui di pejabatnya. -fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...