Tuesday, 22 November 2016

Kisah Lucu Baju Merah Kena Pedajal Di Perhimpunan Bersih 5

Kisah Lucu Baju Merah Kena Pedajal Di Perhimpunan Bersih 5. Perhimpunan BERSIH5 yang berlangsung Sabtu lalu masih diperkatakan meskipun sudah tiga hari acara itu berlalu.

Bagi seorang peguam PKR dari Pahang, Ahmad Nizam Hamid, ada pengalaman lucu tidak dapat dilupakan ketika dalam perjalanan menyertai himpunan berkenaan di Kuala Lumpur.

Menceritakan kejadian itu di Facebooknya, Nizam berkata beliau bersama kumpulannya menginap di sebuah hotel di Jalan Raja Laut, sehari sebelum perhimpunan berlangsung.

Kisah Lucu Baju Merah Kena Pedajal Di Perhimpunan Bersih 5. Ketika mahu mendaftar masuk, kebetulan hotel itu dipenuhi anak-anak muda Baju Merah yang menyangka kumpulan Nizam adalah sebahagian daripada mereka.

Cerita lucu bermula ketika mereka sedang menunggu lif apabila seorang lagi aktivis PKR, Raja Burhan Raja Jaapar bertanya kepada anak-anak muda itu sama ada mereka telah diberi minum 'air selusuh' oleh 'Ayahanda' mereka.

"Saya pada mulanya ingin bertanya dan membetulkan tetapi melihat muka Tok Raja Burhan yang menyeringai, saya hanya mampu menahan ketawa.

"Air selusuh ni disediakan oleh Ayahanda bagi minum supaya esok bersemangat, tak takut, musuh takut dengan kita. Kalau nak tumbuk selisih sipi je tak kena ke kita. Kalau 5 atau 6 orang musuh padan dengan kita seorang je," tulis Ahmad Nizam mengajuk semula percakapan rakannya.


Kisah Lucu Baju Merah Kena Pedajal Di Perhimpunan Bersih 5


Nizam berkata, beliau dan rakan-rakannya yang lain cuba sedaya upaya menahan ketawa ketika 'mengenakan' anak-anak muda berkenanaan.

"Terlihat kekaguman di wajah mereka (Baju Merah) mendengar penjelasan TRB (Tok Raja Burhan) tentang power air selusuh. Dan mereka menjawab, tidak ada diberikan minum air itu.

"Sampai di bilik kami ketawa besar dan saya ketawa hingga sakit perut!" cerita Nizam.

Dalam kepercayaan masyarakat Melayu, air selusuh merupakan air yang telah didoakan untuk diminum ibu hamil supaya mudah melahirkan anak.

"Air selusuh ini ialah air yang telah didoakan untuk diminum oleh ibu-ibu hamil yang akan bersalin atau melahirkan bayi dan tak ada kena mengena boleh memberikan superpower! Hahahahahahahaha," tulis Nizam di Facebooknya.

'Kecewa' bayaran tak sekata

Cerita Nizam bagaimana mereka 'mengenakan' anak-anak muda dari Sungai Besar, Selangor itu tidak habis di situ sahaja.

Ketika di lobi hotel keesokan paginya, anak-anak muda itu bertanya mengenai wang yang akan diberikan di PWTC.

"Seorang teman saya mengiyakan dan bagitahu untuk hari Sabtu 19/11/2016, ada wang yang akan diberikan.

Kisah Lucu Baju Merah Kena Pedajal Di Perhimpunan Bersih 5


"Ayahanda-ayahanda dapat RM500, macam kami RM250 dan korang RM50 seorang. Selain itu duit minyak, makan dan hotel suku (dibayar lain)...pergilah ambil," kata sahabat Nizam kepada anak-anak muda itu.

Nizam berkata, mereka terdengar rungutan tidak berpuas hati di kalangan anak muda berkenaan mengenai bayaran tidak sekata dan tidak seperti dijanjikan.

"Kami tak tahu sama ada mereka memang pergi ke PWTC minta wang! Dan sekali lagi kami menyeringai menahan ketawa," cerita Nizam.

Perhimpunan BERSIH5 diadakan pada Sabtu lalu, antara lain menuntut pilihan raya yang bersih dan adil serta pembaharuan institusi negara.

Sebagai membantah BERSIH yang dikaitkan anasir luar, gerakan Baju Merah yang dipimpin Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos juga mengadakan himpunan balas pada hari yang sama.

Kisah Lucu Baju Merah Kena Pedajal Di Perhimpunan Bersih 5. Sebelum ini, pemimpin Baju Merah menafikan mereka memberikan wang kepada peserta untuk terlibat dalam himpunan anjuran gerakan itu. - mk




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...