Tuesday, 15 November 2016

Kes Bunuh Bill Kayong Ke Mahkamah Tinggi

Kes Bunuh Bill Kayong Ke Mahkamah Tinggi. Mahkamah Majistret Miri hari ini memindahkan kes membabitkan 3 individu yang didakwa membunuh Setiausaha PKR Miri Bill Kayong, pada Jun tahun ini, ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Zuraini Ali Musa membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Izzat Wan Abdullah memaklumkan kepada mahkamah pihak pendakwaan sudah memperoleh kebenaran pengarah pendakwaan di Jabatan Peguam Negara untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Kes Bunuh Bill Kayong Ke Mahkamah Tinggi. Selain itu, Zuraini turut memberi kebenaran bagi permohonan beliau agar ketiga-tiga tertuduh dibicarakan bersama-sama.

Mohamad Fitri Pauzi, 29, Lie Chang Loong, 39, dan Chin Wui Chung, 50, mengangguk faham ketika jurubahasa mahkamah memberitahu mereka kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Fitri, seorang pengawal kelab malam atau didakwa pada 15 Julai atas pembunuhan Bill Kayong di persimpangan lampu isyarat berhampiran E-Mart Supermarket, Jalan Miri-Bintulu pada 8.20 pagi, 21 Jun.

Kes Bunuh Bill Kayong Ke Mahkamah Tinggi


Dia berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lie, pemilik pub juga didakwa pada 15 Julai, bersubahat dengan Fitri, bersama-sama dengan Chin yang didakwa pada 29 Ogos, mengikut Seksyen 109 dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semua tertuduh diwakili peguam Ranbhir Singh Sangha.

Kes Bunuh Bill Kayong Ke Mahkamah Tinggi


Ahli perniagaan Datuk Lee Chee Kiang, yang masih bebas dan dipercayai berada di Australia, juga didakwa mengikut Seksyen 109 dan 302 Kanun Keseksaan. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...