Tuesday, 29 November 2016

Kerjasama Umno - PAS Makin Mantap

Kerjasama Umno - PAS Makin Mantap. Umno akan mengadakan perbincangan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) mengenai Rang Undang-undang (RUU) Persendirian yang diusulkan PAS bagi memperkasa Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah, kata Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Umno itu berkata ini bagi membolehkan parti komponen mendapat pemahaman yang jelas berhubung tujuan RUU berkenaan.

Kerjasama Umno - PAS Makin Mantap.  “Kita sebagai kerajaan BN, kita akan berundinglah… dengan komponen supaya mereka faham apa dia sebenarnya tujuan RUU pindaan tersebut,” katanya pada Program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016, di sini, hari ini.

Perdana menteri berkata RUU berkenaan bukannya hudud dan hanya melibatkan umat Islam.

“Ini menaikkan kuasa kepada Mahkamah Syariah dan ini tidak kena mengena dengan bukan Islam sama sekali,” katanya.


Kerjasama Umno - PAS Makin Mantap


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat pada 24 November lepas.

Ia bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...