Wednesday, 30 November 2016

Kerjasama Umno - PAS Bukan Politik Semata-Mata - Jamil Khir

Kerjasama Umno - PAS Bukan Politik Semata-Mata - Jamil Khir.  Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Jamil Khir Baharom mahu perwakilan dan pembahas dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 memahami konteks sebenar kerjasama Umno-Pas lebih kepada kebaikan pada Islam dan bangsa Melayu bukan kepentingan politik semata-mata.

"Dalam kontek apa sekalipun kerjasama Umno-Pas perlu dilihat, bahawa Melayu dan Islam itu yang mewarnai politik tanahair.

Kerjasama Umno - PAS Bukan Politik Semata-Mata - Jamil Khir. "Konsep, kaedahnya sama ada kerjasama atau apa sekalipun pelaksanaannya kelak kita perlu lebih taawun iaitu bertolong-tolongan dan bekerjasama ke arah ketakwaan kepad Allah s.w.t.

"Sudah tentu pokok perbincangan ialah mengangkat kebaikan pada Islam dan bangsa Melayu.

"Kita tahu kelompok Melayu adalah paling ramai sudah pasti Melayu itu tafsirannya dalam perlembagaan ialah Islam," ujarnya kepada Malaysia Dateline ketika beliau hadir pada perasmian Pameran Kartun dan Komik: Wasatiyyah dan Perjuangan yang dirasmikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di PWTC hari ini.

Kerjasama Umno - PAS Bukan Politik Semata-Mata - Jamil Khir


Beliau diminta mengulas pandangan pemerhati politik yang menjangkakan PAU 2016 kali ini akan terdapat pembahas yang memperkatakan mengenai kerjasama parti itu dengan Pas.

Tambah Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini lagi tidak timbul soal perbezaan pendapat.

"Tidak timbul soal pendapat siapa, pangkat siapa, siapa marah siapa. Kita raya sama-sama, mati pun sama ,kiblat pun sama, tanah kubur di kawasan sama.

"Hamparan politik ini merupakan satu medan yang perlu kita lihat secara skop yang lebih luas biarlah perbahasan yang akan disampaikan oleh pembahas-pembahas nanti di buat sebaik mungkin jika kerjasama Umno-Pas ini dibangkitkan...saya pun nak tahu apa pendapat mereka," ujarnya.

Ditanya mengenai ucapan Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam dipetik berkata, wujudnya komuniti kepembangkangan di alam siber menjejaskan persepaduan ahli parti.

"Dulu pendekatan pembangkang dalam konteks parti kita boleh dikenali melalui pentas dan bendera parti.

Kerjasama Umno - PAS Bukan Politik Semata-Mata - Jamil Khir


"Hari ini sudah berubah pentas ceramah dan pidato tidak memainkan peranan besar untuk orang mendengar ceramah.

"Ahmad Zahid melihat pada masa ini kelompok kepembangkangan hadir dalam "padang" sama seperti facebook, whatapps, intagram yang menjelaskan lagi tentang sikap kepembangkangan pemilik laman-laman tersebut.

"Isunya bagaimana Umno menjawab kembali? Contohnya isu perdana menteri pergi ke China dikatakan kita menjual kedaulatan negara kepada bangsa asing dan orang luar.

Kerjasama Umno - PAS Bukan Politik Semata-Mata - Jamil Khir. "Kita kena bijak dalam menjawab persoalan supaya mampu menjawab tuntas kepada masyarakat yang kebanyakannya di kalangan generasi muda yang celik IT," ujarnya. - md



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...