Tuesday, 1 November 2016

Kerajaan Selangor Tunjuk Ajar Kerajaan BN

Kerajaan Selangor Tunjuk Ajar Kerajaan BN. Penjawat awam di Selangor akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak 2 bulan gaji dengan peruntukan sebanyak RM57.25 juta, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor berkata pemberian bantuan khas itu bagi membantu penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak.

“Sebagai menghargai kejayaan ini, kerajaan negeri bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sebanyak 2 bulan gaji.

Kerajaan Selangor Tunjuk Ajar Kerajaan BN.  “Pembayaran satu setengah bulan dilakukan pada 1 Julai lalu. Untuk melengkapi bantuan khas kewangan tersebut, setengah bulan lagi akan dibayar pada 20 Disember untuk membantu penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Azmin berkata bantuan kewangan itu memberi implikasi kepada kerajaan negeri sebanyak RM57.25 juta.

“Pembayaran ini menggunakan peruntukan tahun ini dan dibayar tahun ini,” katanya.

Kerajaan Selangor Tunjuk Ajar Kerajaan BN


Pada 2016, pembayaran bonus satu bulan setengah gaji itu melibatkan implikasi kewangan RM44.1 juta daripada belanjawan Selangor.

Sementara itu, Azmin turut mencadangkan peruntukan Adun dinaikkan kepada RM800,000 setahun. Manakala kerajaan negeri akan meneruskan peruntukan untuk ahli Parlimen kerajaan negeri Selangor sejumlah RM300,000 setahun.

“Peruntukan Adun disemak beberapa kali untuk meningkatkan sistem penyampaian kepada rakyat. Pada 2016, Adun diperuntukkan RM700,000 setahun untuk menjalankan projek kecil bagi meningkatkan infrastruktur awam serta menjalankan aktiviti mesra rakyat di kawasan masing-masing.

Kerajaan Selangor Tunjuk Ajar Kerajaan BN


“Manakala, Adun pembangkang menikmati peruntukan RM200,000 setahun,” katanya. - FMT



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...