Wednesday, 23 November 2016

Kenapa Ahli Parlimen BN Ini Mengamuk Sakan?

Kenapa Ahli Parlimen BN Ini Mengamuk Sakan? Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Tajuddin Abdul Rahman menghentam wartawan di Parlimen hari ini selepas diajukan pertanyaan sama ada menyesal atas kenyataan “seksis” beliau terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Menafikan mempunyai sebab untuk menjawab, ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia memutuskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, malah tidak perlu dirujuk kepada mana-mana jawatankuasa.

Kenapa Ahli Parlimen BN Ini Mengamuk Sakan? “Speaker sudah membuat keputusan, dan semua orang perlu mematuhi keputusannya. Anda tidak boleh membuat keputusan sendiri. Anda mungkin tidak gembira dengan keputusan itu, dan itu adalah urusan anda. Balik dan menangislah,” kata timbalan menteri pertanian dan agro itu.

Ditanya mengenai ancaman beliau untuk menyaman Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang memanggilnya “sial” semalam di Dewan Rakyat, Tajuddin berkata Khalid tidak dapat lari kerana mengulanginya di luar juga.

“Saya berbincang dengan peguam saya, dan kami akan menghantar kepadanya satu surat tuntutan permohonan maaf dan menarik balik kenyataan beliau,” katanya menjawab, sebelum bertanya kepada wartawan sama ada memahami maksud perkataan “sial”.

“Anda faham maksud ‘sial’? ‘Sial’ bermakna anda disumpah. Terdapat ‘bala’ (musibah) pada kamu, dan tiada siapa akan mendekati anda. Ia merupakan penghinaan paling teruk,” kata Tajuddin.

Kenapa Ahli Parlimen BN Ini Mengamuk Sakan?


Apabila dipersoalkan cara “seksis” ditujukan kepada Teresa di Dewan hari ini, Tajuddin sekali lagi pergi berhujah mempertahankan diri dengan membidas wartawan dengan bertanya cara bagaimana yang betul untuk bercakap di Parlimen.

“Apa masalahnya? Saya kata beliau satu-satunya wanita dengan nama Kok. Adakah itu salah?

“Anda mahu untuk mengajar saya bagaimana untuk mengatakan sesuatu? Itulah cara saya untuk mengatakannya,” katanya sambil menuduh pemberita memihak ahli Parlimen DAP itu.

“Jika anda mempunyai fikiran yang kotor, anda memikirkan sesuatu yang lain.”

Tajuddin kemudiannya mencabar pemberita bertanya ahli Parlimen pembangkang jika mereka berhemah.

“Pembangkang menghentam BN, mereka hentam Datin Sri (Rosmah Mansor), mereka menghentam semua orang. Adakah anda berkata apa-apa tentang mereka? Mengapa tidak anda bertanya kepada mereka? Mengapa anda tidak berani?” beliau berkata dan menuduh pemberita sebagai pro-pembangkang dan menghasut rakyat.

Kenapa Ahli Parlimen BN Ini Mengamuk Sakan?


Beliau membuat komen semasa perdebatan hangat dengan ahli Parlimen pembangkang berhubung perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu lalu.

“Mengapa Seputeh ‘kekekeke’. Satu-satunya wanita dengan ‘Kok’ adalah di Seputeh,” bidas Tajuddin membangkitkan kemarahan ahli Parlimen pembangkang yang menuntut beliau menarik balik kenyataannya dengan segera kerana ia berbaur “seksis” secara semula jadi.

Bagaimanapun, Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee mempertahankan Tajuddin, menjelaskan Tajuddin hanya merujuk kepada ahli Parlimen dengan nama keluarga beliau.

Khalid marah dengan penjelasan itu, menegaskan Tajuddin bermaksud sebaliknya dan setiap orang di dalam Dewan tahu “apa yang dimaksudkan”.

Kenapa Ahli Parlimen BN Ini Mengamuk Sakan? Satu lagi letusan terjadi apabila Khalid membalas dan menjerit berulang kali pada Tajuddin yang beliau seorang “menteri sial”, dengan timbalan menteri itu menjerit kembali “kurang ajar!”. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...