Thursday, 10 November 2016

Kemenangan Donald Trump, Berakhirnya Era Negara Palestin

Kemenangan Donald Trump, Berakhirnya Era Negara Palestin. Kemenangan Trump bunuh rundingan negara Palestin. Era negara Palestin sudah berakhir dengan kemenangan calon Republican Donald Trump, kata Menteri Pendidikan Israel Naftali Bennet. 

Kemenangan Trump memberi peluang kepada Israel untuk menarik balik tanggapan sebuah negara Palestin di tengah-tengah negara ini, yang akan menjejaskan keselamatan dan perjuangan kami,” kata Bennet lapor AFP. 

Kenyataan beliau itu merujuk kepada Tebing Barat. “Itulah pendirian bakal presiden… era negara Palestin sudah berakhir,” tegasnya. 

Kemenangan Donald Trump, Berakhirnya Era Negara Palestin. Tinjauan sebelum ini mendapati sebahagian besar rakyat Israel dan Palestin menyokong penyelesaian 2 negara itu, yang mula diusulkan pada 1974.

Rundingan terbaharu 2013-2014 bagaimanapun kecundang apabila Israel meluaskan penempatan haram Israel di kawasan yang menjadi pertikaian antara rejim dan pihak berkuasa Palestin. 

Sementara itu, Menteri Kehakiman Ayelet Shaked dan Timbalan Menteri Luar Tzipi Hotovely menyeru Trump supaya menunaikan janji memindahkan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. 


Kemenangan Donald Trump, Berakhirnya Era Negara Palestin


Warga Palestin mahu timur Baitulmaqdis menjadi ibu negara Palestin baharu, manakala warga Israel berpendirian seluruh kota suci itu ibu negara mereka. 

Trump berikrar akan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. 



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...