Thursday, 24 November 2016

Jamal Yunos Mahu Berdebat Dengan Azmin Ali

Jamal Yunos Mahu Berdebat Dengan Azmin Ali. Kumpulan Baju Merah sedia untuk menerima tawaran  Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor untuk mengadakan debat, namun pelawaan AMK itu hanya akan ditunaikan dengan bersyarat.

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, beliau lebih berminat kumpulan baju merah diberikan peluang berdebat dengan Menteri Besar Datuk Seri Mohd Azmin Ali berbanding dengan Ketua AMK Afzainizam Rahman.

Jamal Yunos Mahu Berdebat Dengan Azmin Ali.  "Saya nak berdebat dengan Menteri Besar Selangor bukan AMK. Ini kerana apa yang saya lakukan untuk menuntut tujuh perkara dalam Bersih 7 kerana kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali ini cacar marba.

"Siapa AMK nak berdebat dengan saya atau dengan mana-mana ahli baju merah untuk menjawab isu-isu berlaku di Selangor," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Namun Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu meletakkan syarat keduanya sekiranya AMK benar-benar berhasrat untuk menganjurkan debat beliau boleh menawarkan peluang itu kepada pemimpin Pemuda Umno Selangor.

Jamal Yunos Mahu Berdebat Dengan Azmin Ali


"Saya ni bukan nak takbur...tapi sekiranya dia benar-benar berhasrat nak ajak baju merah berdebat, saya bagi pada dia Ketua Pemuda Selangor atau Ketua Pemuda Umno Bahagian Sungai Besar, mereka sama level dengan AMK," ujarnya.

Semalam AMK menawarkan platform yang dianggap terbaik untuk kumpulan Baju Merah berdebat dan membincangkan isu-isu berbangkit di Selangor.

Afzainizam yang juga Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam berkata peluang tersebut dibuat sebagai jaminan keterbukaan dan prinsip demokrasi diamalkan di Selangor.


Jamal Yunos Mahu Berdebat Dengan Azmin Ali


Jamal selaku Ketua Umno Bahagian Sungai Besar ujarnya harus berfikiran matang dan bukan bersifat kebudak-budakkan yang akhirnya menunjukkan kelemahan pemimpin Umno itu.

Jamal Yunos Mahu Berdebat Dengan Azmin Ali. Ini kerana Jamal dan kumpulan baju Merah semalam mengadakan sidang medianya di hadapan Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, memaklumkan akan mengadakan himpunan dinamakan sebagai Bersih 7, kononnya dianggap sebagai himpunan terbesar rakyat menyelamatkan Selangor. - md



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...