Wednesday, 16 November 2016

Jamal Yunos Kantoi Lagi..

Jamal Yunos Kantoi Lagi. Bersih 2.0 mengesahkan 3 pemuda yang bergambar bersama Datuk Jamal Yunos merupakan penyokong kumpulan itu, bagaimanapun menafikan mereka sudah bertukar haluan seperti didakwa ketua Gerakan Baju Merah itu.

Naib Pengerusi (Pantai Barat) Bersih 2.0, Jay Jay Dennis berkata kesemua mereka berikrar akan menyertai perhimpunan Bersih 5 Sabtu ini. Menurutnya, ketiga-tiga merupakan mahasiswa.

Jamal Yunos Kantoi Lagi. “Dakwaan kononnya ketiga-tiga mereka ‘insaf’ dan tidak lagi menyokong Bersih selepas bertemu Jamal tidak betul, sebab salah seorang ahli jawatankuasa Bersih yang rapat dengan salah seorang pemuda dalam gambar itu memberitahu mereka masih lagi menyokong Bersih dan akan turun pada 19 November ini,” kata Jay Jay kepada FMT.


Jamal berkata beliau bertemu mereka sewaktu solat di sebuah masjid di Ampang, dan selepas mendengar penjelasannya, mereka “insaf” dan tidak mahu menyokong Bersih.


Jamal Yunos Kantoi Lagi


Gambar tersebut turut mencetuskan kebimbangan mengenai penglibatan agent provocateur untuk sengaja mengundang kekacauan pada perhimpunan Sabtu ini.

Jay Jay berkata ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu perlu “berhenti menipu rakyat”, sambil menambah taktik yang digunakannya sudah lapuk.

“Saya tengok dia (Jamal) sekarang ini macam kanak-kanak sekolah, yang tidak ada idea baharu dan kalau ada idea baharu yang digunakan untuk melawan Bersih hasilnya tetap sama dan gagal.

Jamal Yunos Kantoi Lagi. “Saya minta Jamal jangan buang masa,” katanya kepada FMT.




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...