Wednesday, 9 November 2016

Inilah Akibatnya MP PAS Undi Berkecuali Di Parlimen

Inilah Akibatnya MP PAS Undi Berkecuali Di Parlimen. Tindakan 11 Ahli Parlimen Pas tidak mengundi atau berkecuali pada undian belah bahagian Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 di Dewan Rakyat, malam tadi dikesali para netizen.

Mereka juga kesal tindakan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang tidak hadir.

Namun begitu, MP Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menolak bajet itu.

Inilah Akibatnya MP PAS Undi Berkecuali Di Parlimen. Pengguna laman sosial, Tun Razak Samm menasihatkan pihak yang berkecuali dan selalu ponteng Dewan Rakyat supaya menukar status parti kepada badan bukan kerajaan (NGO).

"Lagi pun hang bukannya nak memerintah kan. Nak jadi penasihat je. Boleh elak tiga penjuru," tulisnya.

Beliau turut melampirkan foto yang menunjukkan skrin di hadapan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan tertera laman sosial Facebook.

"Bukan berkecuali, tapi tak perasan Parlimen tengah buat undi. Sibuk main pesbuk (Facebook)," ujarnya lagi.

Inilah Akibatnya MP PAS Undi Berkecuali Di Parlimen


Sementara itu, Samad Hashim menyifatkan sikap berkecuali Pas itu sebagai menyokong pihak kerajaan.

"Untuk memudahkan kemenangan pihak yang disokong. Itu tetap dikira menyokong," tegasnya.

Tarmizi Mat Jam pula menulis, "Gara-gara berkecuali rakyat terus dibuli. Pun gitu masih ada yang syok dengan mereka" manakala Sulaiman Akhlaken menganggap Pas pada masa ini seperti mahu bunuh diri.

"Akal untuk berfikir mana yang lebih baik dan lebih buruk tapi bukan berkecuali. Itu KHIANAT pengundi namanya," tegas Sulaiman lagi.


Inilah Akibatnya MP PAS Undi Berkecuali Di Parlimen


Malam tadi, Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat apabila disokong 117 ahli parlimen.

Seramai 70 lagi menentang berbanding pada Bajet 2016 apabila 74 Ahli Parlimen Pakatan Harapan menolak manakala 128 dari BN menyokong. - md




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...