Saturday, 5 November 2016

Husni Hanadzlah Bakal Disumbat Dalam Penjara?

Husni Hanadzlah Bakal Disumbat Dalam Penjara? Polis sedang menyiasat Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berdasarkan kenyataannya di Dewan Rakyat mengenai 1MDB yang dilihat cuba menghasut rakyat mempercayai perdana menteri melakukan kesalahan, sedangkan siasatan ke atas syarikat itu belum selesai, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua polis negara itu berkata, pihaknya menerima banyak laporan susulan kenyataan Husni mengenai 1MDB di Dewan Rakyat, minggu lalu, dan siasatan ke atas 1MDB juga masih dijalankan.

Husni Hanadzlah Bakal Disumbat Dalam Penjara?  Beliau mengulas dakwaan ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tindakan polis memanggil Husni untuk disoal siasat kononnya beliau melanggar sumpah kerahsiaan kerajaan sebagai tidak berperlembagaan, kerana bekas menteri kewangan kedua itu mempunyai kekebalan Parlimen.

Khalid bagaimanapun menepis dakwaan presiden PKR itu.

“Apa yang dikatakan beberapa ahli Parlimen, termasuk datuk seri (Azizah) yang kita tidak ada asas untuk menyiasat tak betul kerana ada unsur-unsur hasutan yang dibuat 3 bekas menteri ini.

Husni Hanadzlah Bakal Disumbat Dalam Penjara? 


“Polis akan terus siasat. Tiada alasan. Sebaliknya, ada sebab cukup bagi kita siasat kerana Akta Hasutan tidak memberi mereka imuniti mmebuat apa sahaja kenyataan, walaupun di Parlimen,” katanya selepas melancarkan Peringatan Maklum Balas Segera Kebangsaan (NUR) Facebook di Bukit Aman, hari ini.

Ahli Parlimen kehilangan imuniti mereka apabila melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 dan menyentuh kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta Raja-raja Melayu.

Husni Hanadzlah Bakal Disumbat Dalam Penjara? 


Husni bersama Muhyiddin dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal disiasat polis atas dakwaan membocorkan rahsia kerajaan, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat, minggu lalu.

Husni Hanadzlah Bakal Disumbat Dalam Penjara? Siasatan itu dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan, termasuk berkaitan 1MDB susulan laporan polis dibuat Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan. - FMT



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




3 comments:

  1. Kalau kena kt PEMIMPIN UMNO BN dia buat tak tahu aje

    ReplyDelete
  2. Lunaskan kesalahan yang lepas dengan membantu menentang kebatilan. Biar menerima balasan di dunia daripada menerima azab di kubur dan neraka.

    ReplyDelete
  3. Tebuskan kesalahan yang lepas dengan membantu menentang kebatilan. Hukuman di dunia sangat kecil berbanding dengan di akhirat kelak. Tegakkan keadilan dan kebenaran walau apa rintangan.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...