Tuesday, 1 November 2016

Harga Minyak Mulai 1 November 2016

Harga Minyak Mulai 1 November 2016. Laman sosial Facebook malam ini dibanjiri komentar orang ramai yang mengecam tindakan kerajaan Umno-BN menaikkan harga bahan api dan harga minyak masak secara serentak berkuatkuasa esok.

Mulai 1 November, harga runcit RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak 15 sen seliter menjadikan kenaikan paling tinggi direkodkan untuk tahun ini.

Harga Minyak Mulai 1 November 2016. Pada masa sama, rakyat Malaysia sebelum ini digemparkan dengan kenaikan harga minyak masak akibat pemansuhan subsidi oleh kerajaan.

Hal ini menyebabkan harga 1 kilogram minyak masak paket plastik naik 40 sen kepada RM2.90 manakala minyak masak botol 5 kilogram naik RM1.90 kepada RM15.25.

Menulis di ruangan komentar pada status Facebook Najib Razak, Zunairah Abdullah menyifatkan Presiden Umno itu berbohong semasa pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober lalu.


Harga Minyak Mulai 1 November 2016


“Minyak naik Datuk (Najib Razak), hari tu Datuk sembang tipu masa BR1M 2017. Ni semuanya pasal BR1M naik. Minyak pun naik. Minyak masak pun naik,” keluhnya.

Sementara itu, Chew Huey menulis, “Dah dijangka. Sikit hari nanti tol pun ikut naik. Kalau tak, mana mau cari duit untuk bayar BR1M” manakala Rizal Ahmad secara sinis menganggap rakyat Malaysia bertuah kerana mendapat kerajaan yang cakna.

“Alhamdulillah, janji ditepati. Minyak masak naik. Minyak petrol pun naik. Terima kasih kerajaan kesayanganku. Muahhhhhhh. Nasib baiklah dapat kerajaan yang prihatin,” sindir Rizal.

‘Rosmah dapat RM85 juta’

Terdapat juga netizen yang mengaitkan pertambahan peruntukan untuk institusi pendidikan awal kanak-kanak, Pusat Anak Permata Negara (Permata) yang dinaungi Datin Seri Rosmah Mansor pada Bajet 2017.

“Rosmah dapat RM85 juta. Menyusahkan rakyat!” bentak Aziman Azmi manakala Adam Johor menyoal, “Dunia minyak turun bulan November. Mengapa Malaysia naik? Tidak masuk akal,” tegasnya.

Hakikat pasaran minyak dunia tidak mencatatkan kenaikan harga mendadak turut diakui seorang penduduk Sabah, Rayner Gumisi.


Harga Minyak Mulai 1 November 2016


Beliau menyifatkan akibat undi penyokong BN pada pilihan raya umum lalu, kerajaan pada masa ini hanya tahu menaikkan harga barangan keperluan sebagai cara kononnya bagi menangani masalah.

“Hanya ucapan tahniah yang dapat diucapkan kepada penyokong buta kerajaan. Semua naik untuk menyelesaikan masalah negara. Rakyat yang undi rakyat juga yang tanggung,” kata Rayner lagi.

Walau bagaimanapun, ruangan komentar status Facebook Najib itu juga dipenuhi catatan #RespectMyPM oleh penama yang dipercayai ramai netizen lain berdaftar atas akaun palsu.

Dalam perkembangan berkaitan, tekanan peningkatan kos sara hidup rakyat sedia ada turut diakui oleh pemuda yang terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang, 26 Oktober lalu.

Pemuda Melayu berusia 39 tahun itu dalam catatan terakhirnya di Facebook meluahkan dirinya tertekan dengan kerajaan yang zalim dan menganggap hukuman terhadapnya yang menjual rokok seludup sebagai tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan berbanding kes jenayah berskala besar lain.

Harga Minyak Mulai 1 November 2016. “Yang pengarah tibai berjuta (ringgit) boleh lepas pulak dengan duit jaminan. Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Berniaga kedai runcit kampung je bukan untung besar pun, margin cukup nipis dibebani dengan cukai GST lagi,” dipetik daripada akaun Facebook ayah kepada dua cahaya mata berkenaan yang viral baru-baru ini. - Malaysia Dateline




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




2 comments:

  1. Pada 2014 duit Malaysia berbanding Thai yang terberuk pada kadar RM10 =Baht 100 dan kini maju teruk lagi bukannya jatuh 3% tetapi kadar resmi bank Negara dah jatuh sampai 30% (RM10 dapat = 70 Baht.Kenaikan segala minyak hari ni patut dipuji pada Najib kerana langkah ini diharap dapat mencegah kenderaan Thailand masuk isi penuh kenderaan mereka balik masuk Thailand sedut dan jual diThailand. Bersesak sesak pintu sempadan bilamana duit kita merosot berbanding Thailand, maka minyak kita jadi murah kepada rakyat Thailand. Walaupun minyak kenderaan kita sudah tidak ada subsidi lagi, saya sokong diatas langkah bijaksana Najib untuk menaikkan lagi harga minyak kenderaan .Kita cadangkan RM5 seliter supaya disamping kutipan GST ia juga mendatangkan keuntungan pendapatan negara bagi mengisi kelompangan bajet 2017. Diucaqpkan syabas kepada Pengundi setia UMNO BN memenagkan BN dlam setiap pRU dan syabas juga kepada PAS yang bersedondon dengan UMNO untuk menjadi punah sihat kera rajaang.

    ReplyDelete
  2. Saya ingin mecadangkan kepada pedana menteri untuk menaikan harga minyak bahan bakar sebanyak RM10 seliter. Supaya haga tersebut dapat betahan selama 20-50 tahun dan beramai-ramai lah kita rakyat Malaysia semua naik sampan kereta lembu ke tempat keja.

    #inicadangkahsoalan...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...