Tuesday, 15 November 2016

Gambar Jamal Yunos Paling Mencurigakan


Gambar Jamal Yunos Paling Mencurigakan. Sekeping gambar menunjukkan pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos tersenyum mesra dengan 3 pemuda memakai baju kuning Bersih 5 mencetuskan kebimbangan mengenai penglibatan agent provocateur untuk sengaja mengundang kekacauan pada perhimpunan Sabtu ini.

Akhbar The Sun melaporkan, gambar yang dikongsi meluas di media sosial itu menimbulkan persoalan mengenai niat sebenar Jamal, yang sebelum ini berjanji akan melakukan apa sahaja bagi menghalang perhimpunan anjuran Bersih 2.0 itu.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah tidak menolak ia mungkin usaha mencetuskan kekacauan yang kemudiannya akan dituduh sebagai perbuatan penyokong Bersih.

Gambar Jamal Yunos Paling Mencurigakan


Jamal bagaimanapun menafikan dakwaan itu, dan berkata beliau terserempak dengan 3 pemuda itu di sebuah masjid di Ampang Jaya.

“Saya bertemu mereka pada Ahad ketika solat Zohor. Saya menganggap pemuda itu saudara saya.

“Saya menasihati mereka, dan mereka diselamatkan Tuhan dan bertaubat daripada menyertai Bersih,” Jamal dipetik TheSun sebagai berkata.

Jamal dan penyokongnya sebelum ini beberapa kali bertembung dengan penyokong Bersih dalam usaha menghalang perhimpunan itu.

Gambar Jamal Yunos Paling MencurigakanAhad lalu, ketua Umno Sungai Besar itu tercedera di bahagian hidung selepas pergelutan dengan beberapa pegawai polis di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, beberapa minit selepas penyokong beliau mengherdik Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin ketika dalam kempen mempromosi perhimpunan Bersih 5. - fmt


Gambar Jamal Yunos Paling Mencurigakan






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. Itu maknanya samseng pak tongkol iktiraf BERSIH 5

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...