Friday, 11 November 2016

DUN Selangor Huru Hara

DUN Selangor Huru Hara. Tindakan Exco Kerajan Selangor, Datuk Teng Chang Khim melemparkan perkataan 'bodoh' kepada Adun-adun BN yang rata-ratanya dibarisi Umno pada Sidang Dun ketika sesi pertanyaan tadi menyebabkan dewan panas seketika.

Chang Khim yang dilihat mula mengeluarkan perkataan berkenaan berulang kali sehingga menyebabkan barisan Adun BN berang dan berlaku pertengkaran mulut di antara mereka sehingga masing-masing berbalas perkataan bodoh.

DUN Selangor Huru Hara. “Bodoh! Bodoh! Bodoh,” kata Chang Khim berulang kali sambil menuding jari ke arah Adun-adun BN dalam dewan.

Perkataan yang sama turut dibalas beberapa Adun BN yang turut bengang dengan tindakan Chang Khim lalu membalas perkataan yang sama termasuk ‘kurang ajar’.

Kemarahan Chang Kim bermula apabila mendakwa wujud pihak yang mengaitkan DAP dengan rusuhan kaum pada 13 Mei.

DUN Selangor Huru Hara


Suasana panas yang berlangsung hampir 10 minit pada sesi pertanyaan bagaimanapun kembali reda apabila Speaker Dewan Negeri, Hannah Yeoh menasihati Chang Khim berhenti mengeluarkan perkataan itu dalam dewan.

“Adun Sungai Pinang juga tidak harus mengeluarkan perkataan bodoh terhadap ahli-ahli yang berhormat yang duduk di bahagian pembangkang,” katanya tegas.

Pada masa sama, beliau turut meminta kedua-dua pihak agar menarik balik perkataan bodoh selain saling memaafkan antara satu sama lain dan ia disambut baik kedua-dua pihak.

DUN Selangor Huru Hara


Terdahulu, Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik) dilihat mula mengaitkan parti Umno dalam soalannya sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan Adun BN sebelum menular kepada Adun Sungai Pinang.‎ - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...