Tuesday, 1 November 2016

Bonus Kakitangan Awam Selangor 2016

Bonus Kakitangan Awam Selangor 2016. Semua kakitangan awam di Selangor akan menerima bantuan khas dua bulan gaji pada akhir tahun ini, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan bajet negeri 2017 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam hari ini.

‘Durian runtuh’ kepada penjawat awam Selangor itu mencecah peruntukan kewangan sebanyak RM57.25 juta dan bakal dinikmati pada tahun ini.

Beliau berkata, pemberian tersebut sebagai menghargai sumbangan dan kejayaan penjawat awam yang terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Bonus Kakitangan Awam Selangor 2016


“Pembayaran sebanyak satu setengah bulan telah pun dilakukan pada 1 Julai 2016 yang lalu. Untuk melengkapi bantuan khas kewangan tersebut, setengah bulan lagi akan dibayar pada 20 Disember 2016 untuk membantu penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak-anak,” jelasnya.

Bonus Kakitangan Awam Selangor 2016


Sejak 2009, kerajaan Pakatan Harapan Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Pakatan Rakyat) telah memberikan bonus setiap tahun kepada penjawat awam negeri itu. - Malaysia Dateline



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...