Monday, 21 November 2016

Blogger Din Turtle Meninggal Dunia

Blogger Din Turtle Meninggal Dunia. Selepas memuat naik catatan terakhir di blognya, Shaifudin Mahmud, atau lebih popular dengan nama penanya Din Turtle, meninggal dunia petang semalam di Terengganu.

Menurut kenalan rapatnya, Shaifudin, 50, meninggal dunia pada 6.15 petang selepas mengadu keletihan dan sakit badan.

“Menurut isterinya, ketika pulang dari kerja, dia melihatnya terlantar di atas katil. Dia mengadu letih dan sakit badan,” kata Rushdan Mohamed kepada FMT.

Blogger Din Turtle Meninggal Dunia.  “Sejurus selepas itu, dia tidak sedarkan diri dan sudah tiada,” katanya yang melahirkan rasa terkejut dengan kematiannya.

Shaifudin, yang terkenal dengan komen politik menerusi blognya dinturtleoriginal.blogspot.my, baru sahaja memuat naik catatan mengenai perhimpunan Bersih 5 Sabtu lepas.

“Tahniah kepada mereka yang bersemangat waja (walaupun luaran mereka ini orang biasa saja, muka tak ganas, tak pandai silat atau kungfu) yang tetap hadir walaupun berdepan dengan pelbagai kemungkinan tindakan dari baju merah mahupun pihak berkuasa,” tulis Shaifudin yang kerap membidas Barisan Nasional.

Blogger Din Turtle Meninggal Dunia


Seorang lagi sahabat rapat beliau dan rakan blogger Syed Akbar Ali meluahkan rasa sedih atas pemergiannya.

Menurutnya, bekas blogger pro-Umno itu memilih nama Din Turtle kerana pernah bekerja sebagai penyelam di Terengganu.

“Din seorang yang bebas pemikirannya. Kita semua akan merindui penulisan dan pandangan pedas beliau,” kata Akbar kepada FMT.

Blogger Din Turtle Meninggal Dunia.  Sebelum memulakan blognya yang berjaya menarik lebih 3.5 juta pelawat, Shaifudin menjalankan perniagaan menjual cenderahati.

Beliau akan dikebumikan di Kuala Terengganu pagi ini. - fmt


Addin:

Innalillah.. Al- Fatihah, moge roh arwah ditempatkan di kalangan para solehin.. amin



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...