Saturday, 19 November 2016

Bersih 5 Peluang Terakhir Rakyat

Bersih 5 Peluang Terakhir Rakyat.  Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perhimpunan BERSIH5 adalah jalan terakhir bagi rakyat untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan keadaan di negara hari ini.

"Bukan sahaja ia (BERSIH5) tidak haram, tetapi menjadi penting kerana lain-lain saluran telah ditutup oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak," katanya dalam video dua bahagian yang telah disebarkan di media sosial.

Bersih 5 Peluang Terakhir Rakyat. Beliau juga menjelaskan bahawa perhimpunan itu tidak haram kerana demonstrasi sering diadakan untuk menyingkirkan pemimpin di negara-negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi.

Contoh terbaru, katanya, seorang pemimpin disingkirkan melalui cara demonstrasi itu adalah bekas Presiden Brazil Dilma Rousseff.

Himpunan BERSIH5 esok itu diadakan untuk memberi tekanan kepada Najib supaya meletak jawatan berikutan terpalit dengan skandal kewangan yang melibatkan 1MDB, cetusan idea perdana menteri.

Bersih 5 Peluang Terakhir Rakyat


Mahathir berkata, rakyat tidak mempunyai cara lain memperdengarkan masalah mereka kerana undang-undang tidak lagi dikuatkuasakan di negara ini.

"Tidak melalui laporan kepada polis, tidak melalui Dewan Rakyat, umpamanya. Rayuan kepada Raja-Raja (Melayu) juga tidak dapat dihasilkan.

Bersih 5 Peluang Terakhir Rakyat



"Inilah keadaan sekarang yang memaksa rakyat untuk menunjukkan perasaan mereka melalui demonstrasi BERSIH," katanya.


Himpunan BERSIH5 yang akan diadakan di Kuala Lumpur esok, juga bakal akan berlangsung di Kuching dan Kota Kinabalu. - mk


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...