Friday, 18 November 2016

Berita Baik Buat Penjawat Awam?

Berita Baik Buat Penjawat Awam? Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini berkata penjawat awam, pelajar universiti dan ahli akademik ada hak untuk berhimpun secara aman.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail berkata ia akan menjadi pelanggaran terhadap Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan jika hak kebebasan berhimpun secara aman disekat.

Berita Baik Buat Penjawat Awam? Kenyataan itu dikeluarkan susulan amaran Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menghalang guru menyertai perhimpunan pada Sabtu ini di Kuala Lumpur dan beberapa bandar besar lain.

Hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa memberi amaran kepada penjawat awam supaya tidak menyertai perhimpunan itu atau berdepan pemotongan gaji atau pemecatan, bergantung pada tahap penyertaan.

“Suhakam mengulangi lagi iaitu menerusi Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA), semua rakyat Malaysia ada hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata,” katanya dalam satu kenyataan.

Berita Baik Buat Penjawat Awam?


Razali berkata sementara hak untuk mengadakan demonstrasi balas perlu dikekalkan, polis dan pihak berkuasa perlu memastikan tindakan peserta tidak berubah menjadi ugutan dan merusuh.

“Maka tanggungjawab polis untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menyatakan kedudukan dan pendapat mereka secara bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata Suhakam menyokong usaha polis menunjukkan disiplin dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang.

“Ini ialah ciri kematangan politik,” katanya.

Berita Baik Buat Penjawat Awam? Selain itu, katanya Suhakam akan memantau perhimpunan berkenaan dan jabatan aduannya akan menerima laporan daripada orang awam. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. Tahniah bersih
    Penhawat awam ayoh ke bersih 5
    Keris pahang

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...