Wednesday, 2 November 2016

Banjir Di Pulau Pinang.. Ini Puncanya?

Banjir Di Pulau Pinang.. Ini Puncanya? Ramai yang meragui pandangan di hadapan mata pada pukul 5 petang, 29 Oktober lalu. Selepas hujan tanpa henti selama tiga jam, beberapa tempat di Pulau Pinang bertukar wajah menjadi 'kampung air'.

Air lumpur menggenangi jalan, paras air di sesetengah tempat di bandar mencecah paras pinggang. Orang ramai 'melarikan diri', ada kereta yang rosak dan lembu pula berlindung di kandang. Orang ramai keluh-kesah dengan air lumpur yang membanjiri jalan.

Banjir Di Pulau Pinang.. Ini Puncanya? Orang Pulau Pinang berkongsi info banjir melalui WhatsApp. Ada yang mengingatkan supaya jangan lupa kencing sebelum keluar rumah kerana anda mungkin terpaksa menahan dalam kesesakan lalu lintas.

Penduduk di Taman Thean Teik memberitahu bahawa tidak mengalami banjir seteruk ini dalam tempoh 24 tahun.

Sekolah Han Chiang di Pulau Pinang telah bertukar wajah menjadi 'sungai'. Pihak sekolah memberitahu ia pertama kali dilanda banjir teruk dalam tempoh 10 tahun.

Bagaimana pula dengan kenyataan kerajaan?

Exco Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan tiga faktor menyumbang kepada banjir kilat termasuk hujan lebat yang berterusan menyebabkan kawasan hulu gagal menampung jumlah air yang banyak.

Banjir Di Pulau Pinang.. Ini Puncanya?


Kawasan yang dilanda bah dikatakan merupakan 'kawasan hitam' banjir, kekurangan sistem yang baik dalam pengaliran air juga menyebabkan banjir.

Mereka seterusnya mempertikaikan kerajaan pusat dan bertanya bilakah akan menyalur RM350 juta untuk projek mitigasi banjir?

Selepas membaca kenyataan itu, saya tertanya-tanya. Projek mitigasi di Sungai Pinang memang penting, tetapi kawasan yang tidak berlaku banjir sebelum ini turut digenangi air.

Kawasan yang mana berhampiran dengan projek pembangunan di bukit mengalami banjir lebih teruk.

Kenapakah pihak kerajaan tidak menyebut implikasi daripada pembangunan berlebihan di kawasan bukit? Persoalan ini sudah diabaikan.

Tidak salah untuk membangun, tetapi tidak kurang orang Pulau Pinang yang mengesan kawasan bukit yang dibangunkan sering berlaku banjir beberapa tahun kebelakangan ini.

Apa pula yang dicakapkan oleh orang-orang besar di Pulau Pinang?


Banjir Di Pulau Pinang.. Ini Puncanya?


Yang paling klasik ialah tiada banjir kalau tiada hujan, kuantiti hujan yang tinggi menyebabkan banjir dan air pasang bertembung dengan fenomena Super Moon (bulan purnama).

Saya teringat seorang pegawai negeri yang dikenali sebagai orang nombor satu bandar antarabangsa, beliau pernah mengeluarkan kenyataan luar biasa pada beberapa tahun lalu bahawa kerajaan Pakatan Rakyat pada masa itu dapat menyelesaikan banjir di Pantau Timur dan selatan Semenanjung jika memerintah selama satu penggal sahaja.

Banjir Di Pulau Pinang.. Ini Puncanya? Bagaimanakah dengan Pulau Pinang? Mereka sudah memerintah dua penggal, adakah masalah banjir sudah diatasi? Adalah kejadian banjir berkurangan? - Malaysia Gazette



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...