Thursday, 10 November 2016

Azmin Ali Dedah Rahsia Khalid Ibrahim

Azmin Ali Dedah Rahsia Khalid Ibrahim. Bekas Menteri Besar Selangor diminta bertanggungjawab ke atas ‘hipokrasi’ yang dibuat ketika pemerintahannya.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengenai tawaran RM2.97 bilion untuk pengambilalihan Splash yang didakwa telah dipersetujui Abdul Khalid sebelumnya.

Azmin Ali Dedah Rahsia Khalid Ibrahim.  “Yang saya dedahkan dalam dewan ialah kerana hipokrasi Khalid. Di luar dia sebut RM250 juta, tapi dia sendiri yang tulis surat kepada Splash menawarkan RM2.9 bilion.

“Dia perlu bertanggungjawab ke atas apa yang telah diputuskan ketika pemerintahannya. Kenapa bohong kepada rakyat?” katanya kepada media di bangunan Dun Selangor di sini, semalam.

Mohamed Azmin berkata, beliau juga mempunyai bukti yang menunjukkan tawaran RM2.97 bilion telah dibuat sebelum ini dengan persetujuan Splash.

Azmin Ali Dedah Rahsia Khalid Ibrahim


“Saya ada bukti jelas menunjukkan tawaran RM2.97 bilion telah dibuat sebelum ini dan Splash bersetuju dengan tawaran secara bertulis. Sekarang kejujuran bergantung kepadanya untuk respon kepada rakyat  mengapa dia tawarkan RM2.9 bilion,” katanya.

Splash juga telah kemukakan surat kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air  serta memaklumkan bahawa syarikat itu dan Abdul Khalid bersetuju dengan harga tawaran tersebut,” katanya.

Menurut Mohamed Azmin, Kerajaan Pusat pada 7 Ogos lalu telah meminta urusan pengambilalihan Splash dilanjutkan enam bulan lagi bagi melantik penilai bebas antarabangsa, sekali gus menentukan nilai tawaran yang sepatutnya di bayar kepada Splash.

Azmin Ali Dedah Rahsia Khalid Ibrahim


“Kita mendukung usaha kerajaan pusat untuk melantik penilaian bebas antarabangsa supaya semua pihak boleh bersetuju dengan satu angka.

Azmin Ali Dedah Rahsia Khalid Ibrahim.  “Walaupun kerajaan negeri dah ambil tindakan sama dengan melantik penilai bebas setahun lalu, kita setuju kerana ia tindakan telus dan terbuka,” katanya yang turut mengatakan bahawa tiada keperluan isu tersebut dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, dan Ketelusan (Selcat). - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...