Friday, 18 November 2016

Anwar Dedah Strategi Putrajaya Penjarakan Wakil Rakyat Pembangkang

Anwar Dedah Strategi Putrajaya Penjarakan Wakil Rakyat Pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Putrajaya mengenakan strategi memenjarakan seorang demi seorang wakil rakyat pembangkang sebelum pilihan raya umum akan datang.

Bekas ketua pembangkang itu berkata pada masa ini dapat dilihat tekanan dari sudut undang-undang dikenakan terhadap ramai wakil rakyat pembangkang untuk menekan suara rakyat.

Anwar Dedah Strategi Putrajaya Penjarakan Wakil Rakyat Pembangkang. “Hari ini Rafizi, Tian Chua, Surendran, semua satu persatu diberi tekanan. Saya ingat ini strategi mereka. Satu persatu nak dipenjarakan sebelum pilihan raya,” katanya ketika ditemui di kompleks mahkamah di sini hari ini.

Anwar hadir memberi keterangan dalam kes membabitkan Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana berhimpun secara tidak sah di masjid.

Beliau berkata demikian diminta mengulas mengenai hukuman penjara 18 bulan yang dikenakan ke atas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli baru-baru ini selepas didapati bersalah membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1MDB.

Anwar Dedah Strategi Putrajaya Penjarakan Wakil Rakyat Pembangkang


“Saya kesal dengan perkara itu kerana Rafizi hanya menjalankan tanggungjawab kepada negara dan rakyat, mendedahkan penyelewengan dan rasuah.

“Saya percaya Rafizi akan tetap bertegas meneruskan perjuangan dan saya bangga dengan keberanian dia,” katanya.

Sehubungan itu, katanya rakyat perlu bangkit dan beri sokongan penuh kepada himpunan Bersih dengan hadir membantah kezaliman, pilihan raya tipu dan kenaikan harga barang.

Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan ditahan pada 5 April lalu di bangunan Parlimen, sebelum didakwa 3 hari kemudian memiliki tanpa kebenaran muka surat 98 daripada laporan audit 1MDB.

Anwar Dedah Strategi Putrajaya Penjarakan Wakil Rakyat Pembangkang


Himpunan Bersih 5 akan diadakan pada Sabtu ini di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu dengan gerakan Baju Merah mengugut untuk mengadakan perhimpunan balas pada tempat, waktu dan hari yang sama. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...