Saturday, 19 November 2016

Amanah, DAP, PKR Dan PPBM Bersatu Di Bersih 5

Amanah, DAP, PKR Dan PPBM Bersatu Di Bersih 5. Perhimpunan Bersih 5 hari ini memperlihatkan sokongan peserta kepada gabungan empat parti di bawah Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP, Amanah dan kini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ucapan pemimpin mereka di perhimpunan ini membayangkan kesepakatan itu.

Teriakan 'Keadilan' disahut dengan 'Reformasi', Amanah disambut 'Progresif', DAP diiringi pekikan 'Ubah' dengan diakhiri sorakan Malaysia disahut jeritan 'Bersatu'.

Amanah, DAP, PKR Dan PPBM Bersatu Di Bersih 5.  Pemimpin mereka menyeru perkukuhkan jentera pilihan raya bagi menumbangkan Umno-BN bagi mempertahankan masa depan anak cucu.

"Jadikan himpunan ini ketakutan kepafa pihak yang ada di Putrajaya itu," ujarnya.

Beliau turut memimpin sorakan dengan merujuk pada nama-nama parti yang berpayung di bawah Pakatan Harapan disambut dengan identiti kesemua parti terbabit itu.

Sementara itu, Adun Amanah Parit Yaani, Aminolhuda Hassan yang turut berucap berkata, himpunan Bersih 5 bukan mahu menimbulkan kekacauan tapi menuntut pilihan raya yang bebas daripada penipuan.

Amanah, DAP, PKR Dan PPBM Bersatu Di Bersih 5


"Sebanyak 26 Dun di Johor misalnya diubah (persempadanan pilihan raya). Walaupun begitu, sesunguhnya perancangan Allah lebih baik," tegasnya.

Beliau juga kesal dengan sikap pemimpin Umno yang terus menekan rakyat.

"Siapa yang akan dapat kerja? Siapa yang akan dapat kontrak itu?" soal Aminolhuda lagi mengakhiri pidatonya merujuk kepada tindakan Najib Razak membawa masuk banyak pelabur China ke negara ini.

Amanah, DAP, PKR Dan PPBM Bersatu Di Bersih 5.  Pidato setakat pagi ini juga menyaksikan beberapa peserta mengaku dengan mengangkat tangan bahawa mereka adalah penyokong tegar Umno sebelum ini tetapi kali ini turut memakai kemeja-T Bersih 5. - md





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...