Thursday, 10 November 2016

Ahli Parlimen Malaysia Terkejut Trump Menang

Ahli Parlimen Malaysia Terkejut Trump Menang. Rata-rata ahli Parlimen yang ditemui melahirkan rasa terkejut dengan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini yang meleset daripada jangkaan banyak pihak.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad berkata walaupun keputusan itu mengejutkan, namun ia tidak memberi banyak kesan kepada Malaysia terutama yang melibatkan hubungan ekonomi seperti Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Ahli Parlimen Malaysia Terkejut Trump Menang. Katanya, Malaysia masih membuat penilaian secara keseluruhan sikap Trump dalam mentadbir AS kerana apa yang diperkatakan pemimpin kontroversi itu semasa berkempen tidak sama khasnya yang melibatkan ekonomi.

“Saya tidak nampak banyak kesan akan berlaku. Kita mempunyai hubungan pelaburan yang lebih baik dengan negara-negara Asia, malah dagangan kita dengan AS hanya sekitar 15% hingga 20%.

“Soalnya, sesiapa sahaja menjadi presiden sukar untuk mengetepikan pandangan kepentingan perniagaan serta ekonomi. Kita kena bezakan apa yang menjadi retorik semasa bertanding berbanding apa yang akan dilakukan semasa memegang jawatan,” katanya ketika ditanya mengenai nasib Malaysia berhubung TPPA memandangkan Trump dalam kempen tidak bersetuju dengannya.


Ahli Parlimen Malaysia Terkejut Trump Menang


Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kemenangan Trump satu keputusan luar jangka, sekali gus meletakkan TPPA dalam keadaan membimbangkan.

Katanya, kerajaan perlu memantau kemajuan supaya semua usaha yang dibelanjakan untuk perjanjian itu tidak menjadi sia-sia.

“Soalan pertama kami adalah sama ada TPPA akan tetap diteruskan atau sebaliknya, memandangkan Trump komited untuk menghapuskan TPPA. Ini adalah kebimbangan kita. Jika tidak ada pemantauan daripada kerajaan, perjanjian ini akan menjadi sia-sia,” katanya.

Sementara itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam berkata, terlalu awal untuk menilai sejauh mana pentadbiran presiden AS yang baharu boleh menjejaskan hubungan 2 hala dan diplomatik dengan Malaysia.

“Kita harap dapat melihat Trump sebagai presiden baru akan memainkan peranan sebagai pendamai di dunia, bermakna meneruskan perjuangan mereka untuk membantu negara lain,” katanya.

Ahli Parlimen Malaysia Terkejut Trump Menang


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar turut melahirkan perasaan terkejut dan kecewa dengan kemenangan Trump.

“Kita amat bimbang dengan perkembangan yang sedang berlaku di AS. Saya amat bimbang salah satu demokrasi yang tertua di dunia hari ini boleh membawa kepada pelantikan Trump sebagai presiden. Kita juga bimbang dengan nasib umat Islam di sana memandangkan beliau semasa kempennya seorang yang anti Islam,” katanya.

Bagi Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, pemilihan Trump mewujudkan situasi tidak pasti terutama melibatkan perjalanan ekonomi yang sedikit kabur di bawah presiden baharu itu.

“Ketika ini, yen, pesos dan pasaran inflasi semakin berkurangan dan jatuh. Ia menunjukkan kurangnya keyakinan dan hilang sokongan kepada Trump.

“Oleh itu dasar-dasar beliau benar-benar akan teruji,” katanya.

Ahli Parlimen Malaysia Terkejut Trump Menang. Trump memenangi pilihan raya presiden AS sebentar tadi dengan memperoleh 276 undi menewaskan pencabarnya, Hilary Clinton daripada parti Demokrat yang meraih 218 undi. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. takyah nak pening sangatlah pasal trump tu.... yg dalam negeri pon huru hara
    nak citer pasal dunia... kalau dah trump tu hagak2 laaa apa akan jadi
    semua negara islam akan bungkus.... kiamat

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...