Monday, 10 October 2016

Ustaz Hashim Jasin Musyidul Am PAS Yang Baru

Ustaz Hashim Jasin Musyidul Am PAS Yang Baru. Bekas pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin dilantik sebagai mursyidul am parti itu menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Keputusan itu dibuat melalui mesyuarat di Kuala Lumpur hari ini.

Harakahdaily melaporkan pelantikan Hashim itu dibuat sebulat suara oleh anggota mesyuarat.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata mereka juga bersetuju sebulat suara mengekalkan Datuk Ahmad Yakob sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS.

Kata Nik Muhammad Zawawi Ahmad yang juga menteri besar Kelantan dikekalkan dengan jawatan sedia ada disebabkan kesibukannya menjalankan tugas lain.

Ustaz Hashim Jasin Musyidul Am PAS Yang Baru. Semasa mesyuarat juga katanya Ahmad - yang dianggap juga mempunyai kelayakan sebagai mursyidul am - merayu kepada Majlis Syura supaya melantik tokoh lain mengisi jawatan tertinggi PAS itu.

"Kita pilih Tuan Guru Hashim Jasin kerana beliau paling tua dalam Majlis Syura.

"Selain itu, beliau mempunyai ilmu yang mantap, di samping pandangan politiknya yang jauh," katanya.

Ustaz Hashim Jasin Musyidul Am PAS Yang Baru


Hashim adalah seorang pemipin veteran PAS yang pernah menjadi ADUN Sanglang.

Beliau memenangi kerusi itu pada 2004 mengalahkan calon BN, Datuk Mustika Junaidah Husin dengan majoriti 45 undi.

Pada pilihan raya umum berikutnya Hashim sekali lagi menguasai kerusi berkenaan apabila mahkamah persekutuan membatalkan kemenangan calon BN, Abdullah Hassan.

Ustaz Hashim Jasin Musyidul Am PAS Yang Baru


Pada pilihan raya kecil parlimen Arau, Hashim membuat kejutan apabila memenangi kerusi itu yang dikuasai BN sejak ia diwujudkan pada 1974.

Wakil Parlimen Arau kini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ustaz Hashim Jasin Musyidul Am PAS Yang Baru. Haron pernah menjadi pertaruhan PAS sebanyak tiga kali di situ, iaitu semasa pilihan raya umum 2004, 2008 dan 2013. - Malaysiakini




Iklan
Image

Image




1 comment:

  1. Sekiranya Us. Hashim dilantik mursyid PAS, ini mungkin satu perkara yg baik. Semoga Us. bolih timbang untuk mengekalkan strategi 1 lawan 1 dlm PRU akan datang, insya'Allah. Masih teringat saya 'tamsil' yg di bawa jika tak salah, olih Us. Azhar Idrus yg (lebih korang) seandainya rumah sedang terbakar dan antara anggota bomba yg datang adalah orang China, maka mereka tidak dihalang menjalankan tugas.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...