Thursday, 20 October 2016

SPR Terkedu Dengar Berita Ini?

SPR Terkedu Dengar Berita Ini? Kerajaan negeri Selangor hari ini memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menghentikan cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia mahu mahkamah mengisytiharkan notis SPR berkaitan persempadanan semula bertarikh 15 September, semua cadangan, daftar pemilih yang digunakan dalam persempadanan semula dan draf pelan kawasan untuk Selangor sebagai terbatal dan tidak sah.

SPR Terkedu Dengar Berita Ini? Kerajaan negeri juga mahu SPR menyiarkan notis baru beserta cadangan baru yang sejajar dengan Jadual Ke-13 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam permohonannya, kerajaan Selangor menyifatkan amalan semasa sebagai tidak mengikut Perlembagaan dan tidak selaras dengan Perkara 113(2) dan Seksyen 2(c) dan 2(d) Jadual Ke-13 tersebut.

Ia juga tidak selaras dengan Seksyen 3 dalam Jadual Ke-13 kerana tidak mengambil kira daftar pemilih semasa dalam proses persempadanan semula, kata kerajaan negeri.

SPR Terkedu Dengar Berita Ini?


Dalam permohonan itu, ia menamakan SPR, pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai responden.

Permohonan itu dibuat melalui firma guaman Daim & Gamany.


SPR Terkedu Dengar Berita Ini?


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali mengesahkan afidavit 58 muka surat bagi menyokong permohonan semakan kehakiman itu. - Malaysiakini







Iklan
Image

Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...