Wednesday, 5 October 2016

SMK Balung, Tawau Boleh Diguna Untuk Peperiksaan PT3

SMK Balung, Tawau Boleh Diguna Untuk Peperiksaan PT3. TAWAU: Kementerian Pendidikan memberi jaminan 317 calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, dekat sini, boleh mengambil peperiksaan di sekolah itu tanpa menumpang di dewan peperiksaan lain, minggu depan. 

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ini kerana sekolah itu mempunyai bilik darjah mencukupi digunakan untuk peperiksaan, di sebalik kerosakan bangunan dan kemudahan lain susulan insiden helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas, pagi tadi. 

SMK Balung, Tawau Boleh Diguna Untuk Peperiksaan PT3. Pada masa sama, beliau yakin pasukan penyiasat diketuai TUDM dapat menyelesaikan siasatan di tempat kejadian serta membawa keluar bangkai pesawat itu, sekali gus membolehkan sekolah dibuka semula secepat mungkin. 

"Esok jawatankuasa berkaitan (menyiasat insiden) akan menyiapkan laporan dan selepas itu helikopter terbabit akan dibawa keluar dari kawasan sekolah. 

"Saya dimaklumkan TUDM akan mengambil langkah cepat... insya-Allah dalam dua atau tiga hari ini selesai (persekolahan boleh berjalan seperti biasa)," katanya kepada media selepas meninjau lokasi kejadian di SMK Balung, dekat sini, malam tadi. 

SMK Balung, Tawau Boleh Diguna Untuk Peperiksaan PT3


Kejadian jam 9.05 pagi itu mengakibatkan 13 anggota TUDM cedera dengan juruterbang parah, selain lapan pelajar serta seorang kakitangan pembersihan sekolah turut mengalami kecederaan, manakala dua pelajar perempuan trauma. 

Mahdzir berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membuat penilaian berhubung kerosakan di sekolah terbabit, termasuk dewan terbuka, bangunan dan bumbung, kantin serta surau sebelum pihaknya akan mengeluarkan peruntukan kecemasan khas. 


SMK Balung, Tawau Boleh Diguna Untuk Peperiksaan PT3


"Ini bagi membaiki kerosakan di sekolah ini akibat insiden pagi tadi. Kita akan beri peruntukan segera," katanya sambil memberitahu semua pelajar yang cedera ringan sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. - Berita Harian




Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...