Monday, 10 October 2016

Setelah Viral Page Jamal Yunos Ghaib..


Setelah Viral Page Jamal Yunos Ghaib. Sungguh pun ada terdetik di ahti aku bahawanya ada kemungkinan ianya page fake ataupun parody tetapi aku rasa macam tak boleh nak mempercayai alasan Jamal sekarang neh. Tak pasti samada berdasarkan sentimen ataupun kerana aku berpegang pada hujah.


Setelah Viral Page Jamal Yunos Ghaib. Ketika ini Jamal dan rakan2nya sedang mengiat menyebarkan 'fahaman' bahawanya page tersebut adalah fake. Page tersebut pula sudah hilang dari alam maya selepas kenyataan provokasi itu menjadi kecoh. Dah jangka perkara ini akan berlaku. Sebab tu aku amek beberapa minit untuk lakukan tinjauan tadi. 

Untuk rekod ini bukan kali pertama juga Jamal dikaitkan dengan cerita berkaitan ancaman dan keganasan.

Lihat link2 yang disertakan untuk bacaan korang.




Ali Tinju suatu ketika dahulu berperang agak besar dengan Jamal. Dalam satu kenyataan media, Ali mengatakan Jamal mengacam mahu memukul2 dan menembaknya sambil memaki2. Kenyataan itu viral di laman sosial dan hangat diperkatakan oleh netizens juga. 

Sebelum ini, Zahrain, UMNO Bandar Tun Razak juga pernah bergaduh dengan Jamal insiden menumbuk mukanya. Ianya didedahkan sendiri oleh individu berkenaan menerusi dinding Facebooknya suatu ketika dahulu.

Ini bermaksud, jika Jamal dikaitkan dengan sikap samseng ia bukannya perkara baru. Berdasarkan rekod, dia membuktikan kenyataan itu sendiri. Apatah lagi dengan aksi-aksi terkininya. Ia sesuatu yang tidak lagi boleh dinafikan.


Setelah Viral Page Jamal Yunos Ghaib


Berbalik kepada tajuk asal. Penyokong Jamal mengatakan page tersebut fake berpegang kepada beberapa hujah.

Hujah pertama, url fake page Jamal menggunakan DATOK instead of Dato. Sebenarnya dalam page tersebut Jamal memang menggunakan nama Dato. Kenapa url / ID uniknya sebegitu tidak dapat dipastikan tetapi hujah ini tidak kuat untuk mengatakan ianya page fake. 

Hujah kedua mengatakan ianya dibuat pada 23 Julai 2016. Tetapi mana reference nya? Langsung tak ada. Page tu dah lesap. Aku pun silap tak check tarikh bila page tu dibuat. So tak dapat nak pastikan samada penyebaran dari sebelah Jamal neh auta ke fakta.

Setelah Viral Page Jamal Yunos Ghaib

Hujah ketiga pula ialah Jamal pernah mengatakan page tersebut palsu ketika dilarang memasuki Sarawak suatu ketika dahulu (rujuk sini). Tak dapat dipastikan samada ianya page yang sama atau tidak dalam citer neh tetapi page palsu Jamal bukannya ada satu. Apa boleh buat. Musuhnya ramai juga. Dia yang mencari pun.

Sementara menunggu siasatan polis dan tiada niat nak masuk campur aku nak menyatakan page palsu tersebut ada persamaan sikit-sikit dengan cara update Jamal di fb personalnya. Terutamanya bab menggunakan huruf besar bagi memberikan penegasan pada ayat tertentu. Itu satu persamaan yang aku nampak. Persamaan kedua, aktiviti peribadi Jamal juga dikemaskini kat page tersebut. Sebenarnya mudah aje nak rembat gambar, reupload dan buat ayat. Harapnya polis boleh siasat siapa dalang disebalik page fake tersebut.

Setelah Viral Page Jamal Yunos Ghaib


Dalam pada itu, admin Suara Rakyat dapat mengesan propaganda BH berkenaan laporan pemberitaan Jamal. Amboi. Laju gila backup. Orang kabel menteri kot. Awak kabel wayar aje. Nakharomm.

Tengoklah ;



Apa yang berlaku ialah berita asal di atas telah ditukar tajuknya kepada berita di bawah ini ;


Isi kandungan artikel juga turut mengatakan account tersebut palsu berdasarkan kenyataan Jamal Yunos.

Tukar tajuk, buang nama, bersihkan imej Jamal. 

Apa kabel dia ada?

Kalau betul la account tersebut fake, memang ini merupakan satu fitnah ke atas Jamal. Kita pun taknak dia jadi mangsa fitnah dan dihukum sebarangan.

Setelah Viral Page Jamal Yunos GhaibTetapi jika account berkenaan tidak fake sebaliknya dipropagandakan sebagai fake, hah.. Jamal seharusnya bertanggungjawab atas apa yang dia sebarkan. Jangan sebar sentimen perkauman dan kebencian atas nama politik demi mencapai keuntungan peribadi. Kalau ye pun nak cari makan bukan begini caranya.

Kbai.

- Ameno World




Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...