Tuesday, 4 October 2016

Seluar Dalam Jalur Gemilang Diperolehi Secara Online

Seluar Dalam Jalur Gemilang Diperolehi Secara Online. Seluar dalam bercorak Jalur Gemilang yang ditayang 9 warga Australia di Sepang, Ahad lalu, boleh didapati dalam talian.

Menurut laporan Sin Chew Daily, Budgy smuggler adalah jenama seluar renang Australia dan antara rekaan mereka ialah bendera pelbagai negara, termasuk Jalur Gemilang yang dijual pada harga AUD15 (RM47) hingga AUD70 (RM221).

Seluar Dalam Jalur Gemilang Diperolehi Secara Online. Akhbar itu melaporkan, laman web jenama itu kini dikendalikan beberapa pemuda berusia 20-an dan ia adalah perniagaan keluarga yang menyasarkan generasi muda.

Menurut laporan Star Online semalam, 9 lelaki itu membeli seluar dalam itu di Australia.

Suspek yang berusia 25 hingga 29 tahun itu dilaporkan berada di bawah pengaruh alkohol ketika ditahan pada 5 petang Ahad lalu, selepas menanggalkan pakaian dan menayang seluar dalam kepada penonton kejuaraan F1 Petronas Grand Prix Malaysia, dipercayai untuk meraikan kemenangan pemandu senegara, Daniel Ricciardo.

Seluar Dalam Jalur Gemilang Diperolehi Secara Online


Mereka direman 4 hari bagi membantu siasatan kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam serta melakukan provokasi.




Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...