Friday, 7 October 2016

Salleh Brothers Meninggal Dunia

Salleh Brothers Meninggal Dunia. Anggota kumpulan nasyid Brothers iaitu Mohd Salleh Mohamed Deril, 40, meninggal dunia kira-kira pukul 3.25 petang Khamis, di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini.

Ahli kumpulan Raihan iaitu Zulfadhli atau Ah Fad, berkata, Allahyarham meninggal dunia akibat darah tinggi dan serangan jantung selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak Ahad lalu.

"Dia mengalami darah tinggi dan sakit jantung sudah lama dan pada Ahad lalu arwah dimasukkan ke Hospital Klang kemudian semalam (Rabu) dia dipindahkan ke PPUM kerana keadaannya semakin kritikal dan koma.

Salleh Brothers Meninggal Dunia. "Saya tidak berkesempatan berjumpa dan hanya dapat berbual dengan Allahyarham di telefon sahaja ketika dia di Hospital Klang," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Khamis.

Tambahnya, jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Isyak di kampung halamannya di Kampung Seri Tiram Jeram, Kuala Selangor.

Salleh Brothers Meninggal Dunia


Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat cahaya mata.

Salleh Brothers Meninggal Dunia


Selain Salleh, Brothers yang terkenal sebagai kumpulan nasyid kontemporari, turut membariskan Syah, Yasin dan Faiz. - mStar




Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...