Tuesday, 11 October 2016

Salahuddin Ayub Mengalu-Alukan AMANAH, BERSATU Pujuk PAS

Salahuddin Ayub Mengalu-Alukan AMANAH, BERSATU Pujuk PAS. Parti Amanah Negara (AMANAH) mengalu-alukan hasrat untuk terus memujuk PAS bersama parti pembangkang lain bagi bertanding menentang BN dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kita masih punya waktu untuk buktikan kepada rakyat negara ini bahawa kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memujuk PAS.

Salahuddin Ayub Mengalu-Alukan AMANAH, BERSATU Pujuk PAS. “Ini sangat penting supaya biar rakyat faham dengan jelas di kemudian hari nanti parti manakah yang sebenarnya merosakkan segala impian dan harapan untuk menolak BN,” kata Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub.

Salahuddin berkata demikian ketika mengulas kenyataan terkini Pengerusi Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PBPM) Tun Mahathir Mohamad yang berhasrat untuk terus memujuk PAS.

Dalam kenyataannya semalam, Salahuddin bagaimanapun menegaskan batas waktu perundingan mesti ditentukan supaya keputusan dan hala tuju pembangkang dapat dimuktamadkan dengan segera.


Salahuddin Ayub Mengalu-Alukan AMANAH, BERSATU Pujuk PAS


“Kekuatan sedia ada iaitu Pakatan Harapan dan BERSATU yang telah dibina dan mula mendapat keyakinan rakyat mestilah diperkukuhkan lagi sebagai asas untuk membina permuafakatan politik yang lebih besar,” katanya lapor Malaysiakini.




Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...