Tuesday, 11 October 2016

Sah!! Mahathir Berdamai Dengan Anwar..

Sah!! Mahathir Berdamai Dengan Anwar. Selepas salam damai dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berharap perasaan tidak senang mereka berdua tidak berpanjangan.

“Saya sudah berdamai,” kata Mahathir dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lepas.

Ini berbeza dengan kenyataannya bulan lalu, bahawa beliau hadir untuk menyokong usaha Anwar mencabar Akta Majlis Keselamatan Nasional dan bukannya berdamai.

Sah!! Mahathir Berdamai Dengan Anwar. Ditanya sama ada beliau rasa tiada lagi perseteruan akibat sengketa lama antaranya mereka berdua, Mahathir menjawab:

“Saya patut harap begitu”. Bagaimanapun, diminta mengulas kes liwat yang menjadi titik mula permusuhan mereka 18 tahun lalu, Mahathir cuma memetik kenyataan pihak berkuasa.

“Polis kata mereka ada bukti, itu urusan mereka untuk putuskan (dakwa Anwar di mahakamah),” katanya.

Sah!! Mahathir Berdamai Dengan Anwar


Anwar mendakwa beliau menjadi mangsa konspirasi politik.

Berkaitan kes liwat kedua melibatkan bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan pula, Mahathir berkata beliau tidak tahu jika kali ini terdapat komplot terhadap Anwar.

“Saya tidak tahu, ia berlaku selepas saya letak jawatan (sebagai perdana menteri).”


Sah!! Mahathir Berdamai Dengan Anwar


Dalam usaha menjatuhkan Najib pula, Mahathir mengakui tidak tahu untuk mengukur “jarak kerjasama” tetapi sehingga sekarang mereka bekerjasama ke arah itu.

Sah!! Mahathir Berdamai Dengan Anwar.  Dalam wawancara itu, Mahathir juga bercakap tentang parti barunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), peluang pembangkang dalam pilihan raya depan serta peranan PAS. - Malaysiakini




Iklan
Image

Image




2 comments:

  1. selama ini bukan mudah nak tumbangkan UMNO-BN...hanya Anwar Ibrahim saja mampu membawa bersama DAP dan PAS menang besar...aku tabik dengan Anwar Ibrahim segala perancangan hampir berjaya 50-50...kalau Tun M cuma tambah 10% lagi. Anwar dan Tun M mempunyai pengaruh besar dalam politik Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Habis la bn....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...