Friday, 21 October 2016

RUU 355 : Satu Persatu Permainan Umno Terbongkar

RUU 355 : Satu Persatu Permainan Umno Terbongkar. Semalam masuk hari ketiga perbahasan di Dewan Rakyat, usul dikemukakan Presiden PAS, TG Abdul Hadi berada di kedudukan kelima dalam aturan urusan mesyuarat.

Sehingga kini, ramai tertanya-tanya sama ada RUU 355 akan dibahaskan sama ada sebelum atau selepas Bajet 2017 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Pemimpin UMNO pula berdolak dalih bila dipersoalkan akan sokongan mereka terhadap RUU 355 yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah itu.

RUU 355 : Satu Persatu Permainan Umno Terbongkar.  Dulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman telah berusaha untuk membolehkan RUU 355 ini dibentangkan oleh Haji Hadi tapi sekarang kenapa tidak?

Baca dan fahamkan laporan dari mStar yang disiarkan pada 4hb Jun 2016 ini untuk mengetahui bagaimana beliau boleh membenarkan usul dari Marang itu dibentang..
SUNGAI BESAR: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dibentangkan Presiden PAS di Dewan Rakyat minggu lalu dibuat atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau menerima arahan itu selepas melaporkan maklumat yang disampaikan oleh Speaker Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak membantah untuk usul Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dibahaskan. 
Katanya, maklumat bertulis 'tiada bantahan' itu telah disampaikan kepada Speaker Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 
"Dalam tugas saya sebagai menteri menjaga urusan parlimen, saya bertanggungjawab kepada pemimpin majoriti, iaitu perdana menteri dan ketua whip, iaitu timbalan perdana menteri. 
"Justeru arahan untuk membawa ke depan (usul RUU Persendirian) dari nombor 15 ke nombor satu sudah pasti daripada pemimpin majoriti dan ketua whip kerana itulah prosedur yang diperlukan di parlimen," katanya. 
Azalina berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau memperoleh kelulusan Kabinet atas tindakannya mempercepatkan pembentangan RUU Persendirian itu pada hari terakhir sidang parlimen 26 Mei lalu. 
Tambahnya, Jamil Khir adalah individu yang bertanggungjawab terhadap kandungan usul dan memberi kebenaran untuk usul itu dibahaskan ~ mStar

RUU 355 : Satu Persatu Permainan Umno Terbongkar


Azalina dah jelaskan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dibentangkan Presiden PAS di Dewan Rakyat itu dibuat atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jadi dia memang tak ada kuasa.. yang berkuasa itu Najib dan Zahid.. Azalina cuma bertindak mengikut arahan saja..

Tapi pada 18 Oktober, Zahid mengatakan ianya bukan dalam bidang kuasa dia dan Najib untuk membawa kedepan RUU 355 itu.. kuasa ditangan Speaker katanya..
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Speaker Dewan Rakyat untuk menentukan kedudukan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang telah diturunkan ke senarai nombor 7 hari ini dari nombor 4 semalam. 
Jelasnya, ia berikutan perkara berhubung usul persendirian yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu terletak dalam bidang kuasa Speaker Dewan Rakyat. 
"Dalam Peraturan Parlimen, Rang Undang-Undang (RUU) itu berada berada di kedudukan yang keempat dan ia terletak pada bidang kuasa speaker sendiri untuk menentukan dan di dalam hal ini, kita serahkan sepenuhnya pada speaker dewan rakyat," ~ AstroAwani

Dulu Zahid dan Najib boleh mengeluarkan arahan kenapa sekarang menolak kepada Speaker Dewan pula?

RUU 355 : Satu Persatu Permainan Umno Terbongkar


Dan Speaker Dewan pula mengatakan belau tiada kuasa untuk mendahulukan usul itu.. tengok dia tolak kat siapa pulak..

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan beliau ada kuasa untuk mengubah atau mempengaruhi kedudukan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat. 
Jelasnya, apabila RUU 355 itu sudah berada dalam peraturan mesyuarat, maka ia tertakluk kepada Kerajaan sama ada mendahulukan atau tidak kedudukan rang undang-undang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu. 
"Ia (RUU 355) sudah ada dalam peraturan mesyuarat dan apabila ia ada dalam peraturan mesyuarat maka ia tertakluk kepada Kerajaan sama ada ia mahu angkat balik atau tidak kerana Kerajaan ini walaupun dalam peraturan mesyuarat itu ada satu dua akta, tetapi esok dia boleh sisip lagi, lusa dia boleh sisip lagi. 
"Kalau ikut peraturan mesyuarat kita kalau Kerajaan yang angkat (usul) dalam masa 24 jam pun boleh diberi masuk dalam," katanya dalam satu sidang media di Parlimen ~ AstroAwani
Speaker Dewan Rakyat tolak kepada Kerajaan pula.. sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Azalina suatu masa dulu...

"Justeru arahan untuk membawa ke depan (usul RUU Persendirian) dari nombor 15 ke nombor satu sudah pasti daripada pemimpin majoriti dan ketua whip kerana itulah prosedur yang diperlukan di parlimen,"Dan... "Dalam tugas saya sebagai menteri menjaga urusan parlimen, saya bertanggungjawab kepada pemimpin majoriti, iaitu perdana menteri dan ketua whip, iaitu timbalan perdana menteri.
RUU 355 : Satu Persatu Permainan Umno Terbongkar.  Pemimpin majoriti itu siapa kalau bukan Najib dan Zahid?.. dulu mereka boleh memberikan arahan supaya usul dari Marang itu didahulukan untuk dibahas.. kenapa sekarang tidak??

Hmmm... tak nampak lagi ke permainan pemimpin UMNO tu? - Anak Sungai Derhaka




Iklan
Image

Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...