Tuesday, 11 October 2016

Rupanya Peserta Konvoi Bersih 5 Bukan Polis Tapi Penjaga Stor

Rupanya Peserta Konvoi Bersih 5 Bukan Polis Tapi Penjaga Stor. Dakwaan yang mengatakan bahawa seorang peserta konvoi Bersih 5 yang ditendang oleh ahli Baju Merah baru-baru ini merupakan anggota polis adalah tidak benar.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat menafikan perkara tersebut malah beliau memaklumkan bahawa lelaki terbabit merupakan seorang penjaga stor di sebuah agensi kerajaan.

Rupanya Peserta Konvoi Bersih 5 Bukan Polis Tapi Penjaga Stor.“Siasatan masih dijalankan buat masa ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, beberapa laman sosial dan portal mendakwa bahawa lelaki yang ditendang kumpulan baju merah dalam siri konvoi Bersih 5 baru-baru ini merupakan seorang anggota polis.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi telah diserang dan ditendang oleh kumpulan baju merah ketika konvoi berkenaan yang berlangsung Sabak Bernam.

Dalam pada itu, Abdul Samah memaklumkan bahawa bagi kes tersebut, pihaknya telah membuka siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - Sinar Harian

Rupanya Peserta Konvoi Bersih 5 Bukan Polis Tapi Penjaga Stor








Iklan
Image

Image




3 comments:

  1. Kalau penjaga stor pun takkan boleh dbuat sesuka hati.

    ReplyDelete
  2. Penjaga stor ada motor kuasa tinggi?

    ReplyDelete
  3. macamana penjaga Stor (kalau dulu di Panggil Penyelia Stor @ Store Keeper Gred RP 7 untuk Tingkatan biasa dan N 11 untuk Penyelenggara Stor Rendah) boleh memiliki baju Polis dan memiliki Motorsikal berkuasa tinggi dan menyertai Perhimpunan Menentang Kerajaan ?? Adakah dia ni mempunyai Kuasa Tangan Ghaib di belakang dia yang membolehkan dia boleh berbuat sesuka hati ?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...