Wednesday, 12 October 2016

Rupanya Kusaini Kassim Pakai Baju Polis Untuk Suka-Suka

Rupanya Kusaini Kassim Pakai Baju Polis Untuk Suka-Suka. Berdasarkan temubual Malaysiakini dengan Kusaini Kassim, lelaki yang diterajang oleh samseng baju merah baru-baru ini, beliau bukanlah seorang anggota Polis. Gambarnya dengan pakaian seragam di atas sebuah motorsikal hanyalah sekadar suka-suka.

Mengulas perkara itu, Kusaini menafikan dia berkhidmat sebagai anggota pasukan keselamatan sebaliknya mengenakan pakaian itu atas dasar "suka-suka" lapor Malaysiakini.

Rupanya Kusaini Kassim Pakai Baju Polis Untuk Suka-Suka. "Bukan, itu (gambar pakaian seragam seperti polis) ada kawan ajak bergambar pakai baju dia, dan dia pun ada cakap jangan buat macam-macam dengan gambar tersebut. Saya saja nak berlagak (action)" kata Kusaini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Nor Azmi Isa turut dipetik sebagai berkata, 

"Beliau (Kusaini) merupakan seorang kakitangan di sebuah agensi kerajaan yang bertugas sebagai pembantu am rendah, bukannya seorang anggota PDRM seperti yang diviralkan,".

Rupanya Kusaini Kassim Pakai Baju Polis Untuk Suka-Suka


"Perbuatan tersebut sengaja dilakukan untuk memburuk-burukkan imej PDRM," katanya lagi dalam satu kenyataan media hari ini. - Malaysiakini




Iklan
Image

Image




2 comments:

  1. kalau dia boleh suka-suka pakai baju polis, maka dengan sendirinya dia dengan suka-suka boleh lakukan rompakan, membunuh, menyamun dan memukul orang ... maka tak salah kah ?

    ReplyDelete
  2. minta pihak berkuasa semak balik samada sebelum ni dia ada terlibat dengan mana-mana jenayah tak ? polis kena berlaku adil dalam soal ni

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...