Monday, 10 October 2016

Rupanya Ini Dalang Penaja Geng Baju Merah?

Rupanya Ini Dalang Penaja Geng Baju Merah? Pemuda Amanah Nasional menyelar kepimpinan Umno-BN ekoran gejala samseng oleh kumpulan Geng Baju Merah di beberapa lokasi di seluruh negara yang mengasari peserta konvoi Bersih 5 hari ini.

Timbalan Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, sifat dan perangai seorang anak lelaki yang lazimnya mengikut kelakuan bapanya dapat dilihat pada aksi ganas sebahagian penyokong Umno itu hanya demi mempertahankan presidennya yang rasuah.

Rupanya Ini Dalang Penaja Geng Baju Merah?  “Bapak borek anak rintik apabila Presiden Umno melakukan jenayah rompakan dan korupsi dan ahlinya menjadi macai membela Perdana Menteri dengan juga melakukan perbuatan jenayah.

“Kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, adakah samseng-samseng ini macai yang kamu mahu lahirkan untuk membela Presiden kamu?” bidasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Beliau yang juga peguam berkata, kejadian ganas itu mencerminkan gejala samseng yang diamalkan oleh ahli Umno ketika berdialog dan berdebat ditolak sebagai satu bentuk budaya masyarakat yang bertamadun.

Rupanya Ini Dalang Penaja Geng Baju Merah? 


“Sebelum ini Ketua Baju Merah, Jamal telah berlagak samseng mengoyakkan surat tuntutan daripada Pengerusi Bersih 2, Maria Chin sehingga digelar ‘syaitan’ oleh rakan sejawat saya, Dr Afif dari AMK (Angkatan Muda Keadilan).

“Anak muda tidak harus mendapat tauladan kepimpinan samseng kerana itu perkara yang bertentangan dengan akhlak Islam, adab Melayu dan pembinaan insan yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang,” jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya mendesak satu tindakan undang-undang yang tegas diambil terhadap individu yang melakukan perbuatan sepak terajang itu.

“Tangkap dan bicarakan di mahkamah untuk dihukum sewajarnya. Perhimpunan Bersih hendaklah dihormati kerana ia adalah hak Perlembagaan di bawah Perkara 10 selaras dengan amalan demokrasi dalam negara ini.


Rupanya Ini Dalang Penaja Geng Baju Merah? 


“Kumpulan Baju Merah hendaklah ditegah oleh pihak polis daripada mengganggu siri perhimpunan Bersih yang diadakan di seluruh negara,” tegasnya lagi.

Di Sabak Bernam, Selangor petang tadi, kumpulan samseng baju merah menyerang lelaki yang bertshirt Bersih dengan menendang dari belakang sebanyak dua kali sehingga mangsa terbaring ke atas jalan raya.

Rupanya Ini Dalang Penaja Geng Baju Merah?  kemudiannya dibantu seorang anggota polis trafik ketika pada masa sama sekumpulan anggota polis berseragam tidak jauh dari lokasi berkenaan dilihat tidak berbuat apa-apa untuk meleraikan kekasaran geng samseng Umno itu. - Malaysia Dateline





Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...