Tuesday, 18 October 2016

Rupanya Individu Ini Punca Perpecahan Kaum?

Rupanya Individu Ini Punca Perpecahan Kaum Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, beliau tidak hairan dengan dakwaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau merupakan punca hubungan kaum di negara ini kini kelihatan semakin tegang.

Jamal yang merupakan Pengerusi Gerakan Merah Malaysia (GNGOM) berkata, dakwaan Muhyiddin itu adalah ‘kata-kata orang kecewa’ yang diucapkan selepas beliau dipecat daripada jawatannya.

Rupanya Individu Ini Punca Perpecahan Kaum?  "Jika dahulu Muhyiddin memandang sesuatu itu putih, namun hari ini semua yang putih telah menjadi hitam dan buruk.

“Umpama pasangan suami isteri telah bercerai, masing-masing cuba untuk memburukkan pasangan mereka sedangkan perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan sebelum ini,” katanya.

Kelmarin, dalam satu kenyataan, Muhyiddin mendakwa Jamal sebagai punca hubungan kaum di negara berada di paras paling rendah disebabkan sokongan tersirat terhadap gerakan rasis kumpulan Baju Merah yang diketuainya.

Rupanya Individu Ini Punca Perpecahan Kaum


Jamal berkata, beliau langsung tidak hairan dengan tuduhan itu sebaliknya akan meneruskan gerakan memprotes perhimpunan Bersih 5.

“Kami akan melipat gandakan lagi usaha untuk memprotes perhimpunan Bersih 5 kerana ianya bertentangan dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita,” tegasnya.

Katanya, pemimpin-pemimpin Bersih bersekongkol dengan mereka yang jelas lari daripada prinsip demokrasi dan nilai-nilai murni dengan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berundur.

Rupanya Individu Ini Punca Perpecahan Kaum


“Pemimpin yang mereka agungkan umpamanya Lim Guan Eng sedang berdepan tuduhan rasuah di mahkamah. Mengapa mereka tidak desak pemimpin tersebut meletakkan jawatan sehingga selesai kesnya dibicarakan?.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim juga disabitkan bersalah atas kesalahan meliwat. Apakah mereka mahukan pemimpin-pemimpin sedemikian untuk menjadi perdana menteri?,” soalnya. - Sinar Harian




Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...